Monday, August 18, 2014

Sekolah Menengah Zon Sentul

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP) mempunyai tiga Zon Pentadbiran Pendidikan yang di wakili oleh Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar/Pudu dan Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul (PPWS) yang bertanggungjawab kepada Pengarah Negeri.Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar / Pudu ialah yang pertama di tubuhkan berdasarkan waran perjawatan Kementerian Pendidikan. Pengarah Pendidikan sekarang ialah Datin Nawal bte Salleh dari Lembaga Peperiksaan. Beliau menggantikan En Abdullah Mad Yunus yang berpindah ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian sebagai Pengarah mulai 24 Julai 2014. Pegawai Pendidikan PPWBP yang pertama ialah Datin Khairiah Ab Majid, yang kedua En Jamaluddin Abdullah dan sekarang Tn Hj Ismail Musa mulai November 2011 sebaik penyandangnya bersara wajib.PPWK diketuai En Tajuddin Mohd Mor  dan PPWS Cik Hajah Nik Ramas Nik Wan mulai November,2011-2015. Beliau akan bersara wajib pada Mac 2015.Semua penyandang PPW berstatus Timbalan Pengarah Gred DG 54.

Zon pendidikan

Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul (PPWS) menggunakan premis SK Sentul Utama di Jalan Ipoh sejak di tubuhkan pada Januari 2009 hingga sekarang.Timbalan Pengarah pertama ialah Puan Rohana Mahmud telah bersara wajib pada November 2011 dan tempat beliau diisi Hajah Nik Ramas Nik Wan. Bidang tugas dan tanggungjawab PPWS ialah memastikan semua pengurusan dan pentadbiran sekolah di Zon Sentul berjalan lancar berdasarkan peraturan dan ketetapan Kementerian Pelajaran. Terdapat 23 buah sekolah menengah di daerah ini. Antaranya ialah:

SMA Kuala Lumpur(SMAKL),
SMK Taman Bukit Maluri, 
SMK Menjalara, 
SMK Sinar Bintang,
SMK Segambut Jaya,
SMK Segambut
SMK Kepong Bharu
SMK Raja Abdullah
SMK Raja Ali
SMK Jinjang
SMK Dato' Ibrahim Yaacob (SMK Batu Lima)
SMK Batu Muda
SMK Kiaramas
SMK ST Mary
SMK Sentul Utama
SMK Maxwell Kuala Lumpur
SMK Bandar Baru Sentul
SMK(P) Jalan Ipoh
SMK Convent Sentul
SMK La Salle Sentul
SMK Chong Hwa
SMK (L) Methodist Sentul
SM Sains Seri Puteri (Sekolah Kolam Ayer)
SMK Desa Park City (mula operasi 2014)

PPWS bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan pendidikan bagi sekolah menengah dan sekolah rendah di Zon Sentul.


Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala lumpur.
Isnin 18 Ogos,2014.




No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...