Di sini lahirnya sebuah cinta nyanyian penghibur terkenal negara Allahyarham Sudirman Arsyad menjadi tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini.Setiap insan yang dilahir dan dibesarkan di bumi Malaysia seharusnya berasa bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang di kecapi hingga kini.Usia kemerdekaan sudah mencapai 57 tahun melebihi setengah abad setelah mendapat kebebasan menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka dari tangan British. Negara ini yang terkenal dengan Tanah Melayu melalui berbagai rentetan peristiwa yang sangat pedih akibat penjajahan kuasa asing seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sejak berkurun.Rentetan peristiwa menjadi sejarah yang sukar di lupakan oleh para pejuang kemerdekaan tanahair sehingga kita memiliki wilayah sendiri. Bangsa yang bermaruah ialah bangsa yang menghargai sejarah.Akar budi budaya bangsa di pupuk melalui sejarah supaya generasi yang lahir pada abad siber ini mengetahui susur galur Tanah air sehingga kita bebas dan merdeka dari penjajah asing.Sesungguh nya setiap peristiwa yang berlaku di negara ini terhunjam kukuh dalam khazanah warisan yang sangat berharga untuk kelestarian generasi akan datang.
Ke arah negara maju
Setelah merdeka lebih setengah abad Malaysia muncul sebuah negara yang sedang pesat membangun dalam segala bidang seperti pembinaan, perhotelan, pelancungan, perladangan, pendidikan, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Hal ini ditandai dengan jutaan kemasukan pendatang asing ke negara ini memenuhi pasaran pekerjaan dalam bidang pembinaan, pendidikan dan pelancungan.Cabaran besar yang di hadapi ialah menangani kebanjiran pekerja asing yang semakin membludak (terlampau ramai) sehingga merimaskan kita.Pertembungan budaya dan cara hidup pastinya menambahkan lagi kepelbagaian sosialisasi masyarakat di negara ini yang memungkinkan terhakisnya secara perlahan keluhuran adat ,kesenian dan budaya bangsa yang diwarisi sejak berzaman jika tidak dilestarikan dengan akar budi budaya masyarakat Malaysia yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.Bumi bertuah ini kaya dengan khazanah alam yang melimpah ruah. Dari perut mu di temui hasil pertambangan seperti minyak, bijih timah, emas, perak dan di atas permukaan mu pula terdapat kelapa sawit, getah, balak, padi dan hasil pertanian yang banyak untuk kelestarian generasi. Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta. Akan ku junjung jalur gemilang dengan penuh kebanggaan dan kesetiaan. Hubbul watan minal iman. Cintakan negara sebahagian dari iman.
MERDEKA MERDEKA MERDEKA.
MERDEKA MERDEKA MERDEKA.
Allahyarham Sudirman Arsyad meninggallkan pusaka
bangsa yang menjadi legasi sebuah negara MERDEKA.
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Rabu 27 Ogos,2014.
No comments:
Post a Comment