Sunday, August 3, 2014


Israel bedil sekolah perlindungan di Gaza, ragut 10 nyawa
Israel bedil sekolah perlindungan di Gaza, ragut 10 nyawa  
WARGA Palestin melihat lokasi serangan terbaru tentera rejim Zionis yang mensasarkan sekolah perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di selatan Gaza, hari ini. Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam kejadian itu. - Foto AFP
 
BANDARAYA GAZA: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh hari ini dalam serangan terbaru tentera rejim Zionis ke atas sekolah perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di selatan Gaza, kata pakar perubatan.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra, berkata berpuluh orang cedera dalam serangan yang berlaku di bandar Rafah, berhampiran sempadan Mesir.

Sementara itu, jurucakap agensi PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA), Chris Gunness, berkata sekolah berkenaan menempatkan ribuan pelarian yang dipaksa meninggalkan kediaman mereka berikutan keganasan yang tercetus di Gaza.

Ia adalah serangan kali ketiga dalam tempoh 10 hari sekolah berkenaan diserang, dan empat hari selepas sebuah kereta kebal milik Israel memusnahkan sebuah sekolah di bandar Jabaliya, utara Gaza, yang meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa dalam serangan itu. - AFP 
Berita Harian Online
Ahad 3 Ogos 2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...