Saturday, August 23, 2014

Mengenal Cendekiawan Sengoti

Dunia sekarang melimpah dengan orang bijak pandai yang mempunyai berbagai kelulusan dan predikat dalam kehidupan sebagai epitom kejayaan.Predikat bermakna mengesahkan akan  kebenaran dan kejituan sesuatu subjek.Status pendidikan menjadi ukuran cendekiawan dan keintelektualan setiap individu.Pengaruh kehidupan di warnai dengan kehebatan ilmu dan perbendaharaan minda yang mampu berhujah secara ilmiah dalam merungkaikan masalah. Orang berilmu mendapat beberapa darjat di sisi Tuhan. Memang benar pernyataan Allah dalam Al Qur'an yang memberikan kedudukan istimewa dalam kalangan hambaNYa yang mempunyai ilmu pengetahuan.Mengikut perspektif Agama menuntut ilmu adalah wajib supaya manusia bebas dari kejahilan tuna aksara.Melalui ilmu manusia dapat membezakan antara yang benar dan salah, hak dan bathil. Itu harapan dan pesan Tuhan tetapi hakikat yang berlaku sesetengah cerdik pandai tidak berupaya menterjemahkan ilmu yang di miliki untuk pembentukan keperibadian yang murni apa lagi membangun umah secara kifayah.Cendekiawan sengoti (sejati) seharusnya menjadi selebriti umah untuk membangun peradaban dan pemikiran yang bertunjangkan ilmu yang di miliki.Impaknya negara yang rugi jika ramai intelektual yang tidak berintegriti.

Kejujuran intektual

Orang berilmu seharusnya mampu berfikir secara ilmiah dalam setiap tindakan. Keseimbangan IQ dan EQ menjadi indikator cendekiawan sengoti.Mereka mempunyai kejujuran intelektual yang tinggi dan berprinsip dalam setiap tindakan terutama membabitkan kepentingan awam. Seorang ketua jabatan yang berakauntabiliti memiliki nilai-nilai  moral yang beradab mengurus organisasi dengan cermat dan teliti. Seorang pengurus dan pemimpin organisasi yang beradab mencari redha Tuhan sebagai tujuan pengurusan untuk membawa kebaikan kepada umat manusia.Terlalu banyak ketidaksamarataan dan kepincangan berlaku dalam pengurusan terutama menentukan kewibawaan seseorang penjawat yang dilantik memegang jawatan penting untuk mengetuai sesebuah organisasi dalam sektor awam atau pun swasta.Salah tadbir urus, penyelewengan, tidak beramanah, kurang tanggungjawab merupakan ciri-ciri intelektual yang tidak berintegriti (baca : Taqwa). Laporan Ketua Audit Negara 2013 boleh dijadikan indikator petunjuk prestasi sesebuah pengurusan organisasi. Bagaimana membentuk sebuah organisasi yang di segani sekiranya pengurus yang dilantik  gagal menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya berteraskan kejujuran intelektual.Inilah dilema yang dihadapi oleh masyarakat hari ini. Ramai bijak pandai tetapi terlalu miskin integriti.Organisasi akan menjadi sebuah taman yang permai dengan lingkungan menghijau menjadi tarikan pengunjung untuk beriadah sekiranya dihiasi dengan nilai kebaikan dan kemurniaan setiap anggotanya.

Pertikaian ilmu

Dalam kalangan cendekiawan Muslim pula tidak memperlihatkan kesantunan ilmu menyampaikan risalah Rabbani secara syumul.Masing-masing mempunyai pegangan dan idealisma yang berbeza dalam menyampaikan dakwah. Bagi mereka yang berkelulusan Al Azhar mempunyai pandangan berlainan dengan tamatan Syria, Jordan, Indonesia dan Pusat-pusat Pasentren yang lain.Pertikaian ilmu dalam kalangan ilmuan seharusnya mendatangkan kebaikan bukannya mengundang pesimis dan prejudis dalam kalangan Agamawan sehingga merugikan umat.Ketidak sefahaman dalam hal-hal  furuk seharusnya tidak mengundang perselisihan berpanjangan dalam kalangan umat.Pendekatan cendekiawan Agama perlu berlandaskan Bil Hikmah dalam menyampaikan wahyu Tuhan dan pesan Nabi SAW kepada orang awam yang rata-rata sedang mencari kebenaran melalui Islam, bukannya menegakkan ananiah sendiri secara melulu.Justeru mengenal cendekiawan sengoti sebagai mursyid yang menuntun umat ke jalan kebaikan menjadi pemangkin kekuatan umah.Cendekiawan sengoti mencari redha Allah melalui ilmu dan pengetahuan yang dimiliki kerana mereka penuh yakin melalui penyampaian dan penyebaran dakwah yang benar pasti ganjaran menanti seluas langit dan bumi.


Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 24 Ogos,2014.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...