Serangan peluru berpandu Israel meranapkan pangsapuri di Gaza
GAZA
CITY: Israel mengebom sebuah menara pangsapuri di pinggir Gaza hari
ini menyebabkan bangunan 12 tingkat itu ranap dalam satu serangan udara
bertalu-talu manakala Hamas terus menggandakan tembakan roket ke
sempadan Gaza.
Keganasan dilaporkan terus meningkat sejak gencatan senjata berakhir meskipun ada laporan terbaharu bahawa Mesir mahu membuka semula meja rundingan antara Palestin-Israel.
Di Gaza City serangan bertali-arus apabila bebola api jelas kelihatan di ruang udara, disusuli satu asap hitam yang tebal menjulang apabila dua peluru berpandu Israel mengenai tepat pangsapuri Zafer Tower.
Pangsapuri itu adalah salah satu daripada beberapa bangunan tertinggi di kawasan kejiranan di Tel al-Hawa dan letupan itu turut menggegarkan beberapa bangunan di sebelahnya.
Tentera Israel berkata, peluru berpandu itu sebenarnya mensasarkan bilik operasi Hamas di bangunan pangsapuri berkenaan namun tidak menyatakan mengapa seluruh menara yang menempatkan 44 apartment itu dimusnahkan sama sekali.
Polis Gaza berkata, amaran mengenai serangan peluru berpandu diberikan lima minit sebelum serangan dan ia membolehkan sebahagian penghuni keluar menyelamatkan diri.
Namun serangan itu menyebabkan 22 orang cedera termasuk 11 kanak-kanak dan lima wanita.
Setakat ini lebih 100,000 penduduk Gaza hilang tempat tinggal dengan lebih 17,000 rumah hancur atau rosak akibat serangan bom Israel, demikian menurut angka dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sementara itu, di tempat lain di Gaza, satu serangan udara terhadap sebuah kereta menyebabkan seorang lelaki dan 11 lagi cedera.
Satu pergerakan Barisan Hadapan Liberal Palestin kemudian mengesahkan lelaki yang maut itu ialah komander perang sayap berkenaan. - AP

No comments:
Post a Comment