Monday, August 18, 2014

Bila Pendatang Menjadi Tuan

Bumi Palestine menjadi khazanah sangat bernilai kepada manusia yang inginkan kebebasan, kemerdekaan dan kedaulatan tanahair di sarwajagat.Wilayah Semenanjung Gaza dan Tebing Barat (West Bank) yang masih di kuasai Palestine hampir lenyap di mamah peluru tentera Zionis setiap hari.Tempat-tempat ibadah orang Islam di hancurkan. Lebih 60 buah Masjid ranap lebur menyembah bumi.Sekolah PBB pun turut menjadi mangsa kekejaman mereka. Itu yang kita dengar dan lihat dari berita TV saban malam. Sehingga kini di laporkan ribuan rakyat Palestine terkorban angkara bedilan roket Zionis Israel.Kedurjanaan Zionist terhadap umat Islam Palestine tidak akan berakhir selagi seluruh jazirah bumi ambia ini di kuasai mereka.Genjatan senjata juga tidak bermakna kerana tujuan utama mereka untuk menakluki Bumi Palestine yang diidamkan sejak berabad.Itulah dasar Yahudi yang tidak pernah mengenang budi walau pun pada asalnya penduduk minoriti di bumi ini.

Palestine bersendirian

Palestine yang di kelilingi negara-negara Arab seperti Jordan, Mesir dan Syria terpaksa bersendirian  mempertahankan  nyawa dan tanahair  sejak berabad dari ganyangan tentera Zionist yang melebarkan wilayah penempatan haram setiap hari.Penutupan Rafah yang bersempadan dengan Mesir dan Genting Gaza menambahkan lagi derita rakyat Palestine.Rafah merupakan satu-satunya penghubung antara Palestin dengan dunia luar melalui Mesir.Mengapa negara-negara Arab membisu seribu bahasa hanya mereka yang mengetahui jawabannya.PBB dan OIC tidak mampu menyelesaikan sengketa yang berlarutan sejak berkurun sehingga bumi Palestine semakin terhakis. Umat Islam sudah hilang ghirah terhadap sesama saudara muslim, membiarkan anak-anak kecil dan orang tua menjadi habuan tentera Israel. Semangat dan ghairah untuk membantu sesama saudara seagama telah hilang walau pun bilangan umat Islam di dunia melebihi 2 bilion tetapi mereka seumpama buih-buih di lautan yang hilang bersama ombak setiap kali menghempas pantai.Tiada kekuatan dan ukhwah Islamiah seperti zaman awal Islam yang dipimpin sendiri oleh Baginda Nabi Muhammad SAW .Saya tidak sanggup melihat gambar-gambar mangsa yang terkena roket Zionis laknatullah yang sungguh biadab tanpa mengira batasan usia.

Tanah Ambia 

Pendatang Yahudi Menjadi Tuan menjarah tanah milik umat Islam Palestine sejak berkurun.Mereka yang asalnya pendatang, bermigrasi dari berbagai pelusok dunia menjadikan Palestine seperti milik sendiri.Palestine bumi Ambia menempatkan Masjid Al Aqsa yang menjadi saksi perjalanan sirah Islam, cukup sinonim dengan peristiwa Israk Nabi Muhammad Saw seperti mana ungkapan Tuhan dalam Al Qur'an sewaktu memperjalankan HambaNya Muhammad SAW dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa Palestine kemudian mikraj ke langit bertemu Allah Azawajalla di Sidratul Muntaha untuk menerima Solat. Bumi ini telah menerima kehadiran Nabi SAW dan Masjid Al Aqsa menjadi tempat Baginda bersolat. Kini bumi ambia ini menerima bedilan roket setiap hari oleh zionis yang tidak berhati perut.Umat Islam Palestine tetap mempertahankan maruah wilayah mereka kendatipun terpaksa gugur syahid setiap hari.Sampai bila berakhirnya konflik ini? Bumi Palestine semakin terhakis dari peta dunia.Apakah Palestine menjadi sebuah sejarah hanya Allah yang menentukannya. Sebagai orang beriman kita tetap yakin dengan pertolongan Allah SWT semoga rakyat Palestine menikmati kehidupan yang selamat, sejahtera di bumi tanah tumpah darah mereka.


KEPULAN api marak menjulang tinggi selepas Israel melancarkan serang udara di bandar Gaza, awal pagi tadi. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 21 rakyatnya termasuk kanak-kanak terbunuh dan 120 lagi cedera dalam serangan itu. - Foto EPA
Sumber: Berita Harian Online 16 Ogos,2014.

sumber:stewartmayke.wordpress.com

Inilah Jazirah Palestine yang semakin terhakis oleh penjarahan tentera Zionis Israel sejak berkurun.Hanya Bumi Gaza dan Tebing Barat yang seluas Pulau Pinang masih tersisa kini di ratah tentera zionis dengan rakus untuk menguasai seluruh wilayah Palestin.


Renungan,
csyahya victory,
Isnin 18 Ogos,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...