Hari ini Ahad 31 Ogos,2014 seluruh negara menyambut kemerdekaan ke 57 dengan penuh kegembiraan yang terselit kedukaan.Kegembiraan kerana bebas dari cengkaman penjajah yang meratah bumi tercinta sejak berkurun silih berganti antara kuasa besar dunia seperti Belanda, Portugis, Inggeris, Jepun dan Komunis yang mengorbankan ribuan pejuang dan penduduk Tanah Melayu sehingga kita bebas merdeka hari ini. Dirgahayu Malaysia Ku (Long live Malaysia). Di sebalik kegembiraan terselit kedukaan mengenangkan musibah melanda negara bermula dengan pencerobohan Lahad Datu, kehilangan MH 370 dan terkini penembakan jatuh Pesawat MH 17 oleh pihak bersengketa di Russia-Ukraine yang mengorbankan 298 nyawa semasa dalam penerbangan pulang dari Amsterdam ke tanah air pada Khamis 17 Julai yang lalu.
Pengisian kemerdekaan
Menyambut kemerdekaan bukan sekadar menyanyi lagu patriotik sambil mengibar bendera sebagai tanda cintakan negara tetapi pengisian yang paling penting ialah menjadikan perayaan ini sebagai kayu ukur pencapaian negara dalam bidang pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan menyemai akar budi bangsa yang mempunyai jati diri sebagai warga negara sejati.Memupuk dan memperkasa integrasi kaum berlandaskan semangat cinta negara yang tidak berbelah bagi. Di sini lahirnya sebuah cinta bermaksud "Inilah tanah air tumpah darah kita yang sejati dan murni".Jangan di tanya apa bakti negara kepada mu tetapi bertanyalah dengan jujur apa sumbangan kamu untuk negara? Sayangkan negara sebahagian dari iman. Memerdekakan diri dari belenggu kejahilan merupakan prasyarat kemajuan.Jangan bebankan negara dengan masalah sosial yang tidak beradab seperti penyalahgunaan dadah,melakukan perbuatan terkutuk yang menyalahi undang-undang dan adat ketimuran sehingga menggugat institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan yang boleh menghancurkan ummah.
Dirgahayu Malaysia
Dirgahayu Malaysia ku.Tanah air tercinta yang kaya hasil bumi beriklim tropika mempunyai jutaan spesis flora dan fauna yang sungguh menakjubkan.Berbagai buah-buahan seperti durian, rambutan, langsat, dokong, duku, pisang, tembikar jenuh sepanjang musim. Bumi yang subur menghasilkan berbagai jenis galian seperti emas,perak, bijih timah gas dan minyak untuk kelangsungan masa depan generasi menjadikan Malaysia sebuah negara yang di minati oleh berbagai bangsa di dunia untuk mencari penghidupan di sini. Ada Arab, Afrika, Bangla, Pakistan, Vietnam, Indonesia, China berbondong-bondong memasuki negara saban tahun kerana teruja dengan kemajuan negara.Dalam kalangan pekerja asing pula Malaysia di sifatkan seperti lombong emas untuk mencari rezeki kerana peluang pekerjaan terbuka luas jika rajin berusaha.Kebanyakan premis perniagaan di monopoli oleh pekerja asing dalam kerja-kerja pembersihan dan pencucian kerana rakyat tempatan tidak berminat dalam bidang tersebut.Di sepanjang hentian Rehat dan Rawat (R&R) wajah-wajah Bangla tekun melakukan kerja mereka. Demikian juga kebanyakan stesen petrol dan tempat cucian kereta wajah yang sama di temui.Negara yang sedang pesat membangun pastinya memerlukan sumber manusia dalam segala bidang tetapi perlu pengawasan teliti pihak berwenang untuk mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian yang dinikmati selama ini.Garis-garis Besar Haluan Negara (GBHN) terhunjam kukuh dalam RUKUN NEGARA dan Lagu NEGARA KU menjadi paksi penyatuan bangsa di negara tercinta perlu di pelihara sepanjang masa.
csyahya victory,
Ahad 31 Ogos,2014.