Monday, April 30, 2012

Manjadda Wajada


Kalimah Arab  Manjadda wajada  bermaksud siapa yang berusaha pasti berjaya. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha berterusan. Peribahasa mengungkapkan "  kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. " . Ruyung ialah batang sagu yang keras (rembia) yang perlu dipecahkan dengan tekun untuk memperoleh sagu. Sagu  digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis makanan yang enak .  Pelbagai jenis kueh mueh produk dari sagu menjadi menu utama baik digerai gerai kecil hinggalah ke hotel lima bintang . Sesetengah tempat pula orang menggunakan sagu sebagai makanan ruji mereka  menggantikan nasi kerana sagu mempunyai nilai kalori dan karbohidrat yang boleh mengenyangkan.


Tumbuhan sagu mengandung nilai karbohidrat
yang tinggi seperti  beras (nasi)  dan ubi kayu .


Peranan pelajar

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya ialah perumpamaan yang dibuat oleh orang tua tua dahulu jika kita ingin berjaya dalam hidup perlu berusaha gigih tanpa mengenal jemu dan putus asa  kerana dihujung kesusahan pasti beroleh kesenangan. Jika  pelajar ingin memperoleh keputusan  cemerlang  dalam setiap peperiksaan ,  mereka  perlu berusaha gigih membuat ulangkaji dan latihan berterusan setiap hari. Pelajar  perlu menumpukan sepenuhnya kepada materi (isi kandungan)  yang diajar oleh guru  semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas . Salah satu indikator kejayaan pelajar ialah melalui pemusatan perhatian " learning centered"  semasa guru menyampaikan maklumat dan pengisian ilmu . Banyak peribahasa yang mempunyai perumpamaan yang hampir sama maksud seperti " Berakit rakit ke hulu berenang renang ketepian"  bertujuan menyedarkan kita supaya bersedia mengharungi kesusahan sebelum beroleh kejayaan .

Penyampaian menarik 

Kaedah penyampaian materi yang menarik merupakan elemen kecemerlangan . Para pelajar sangat tertarik mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang berwibawa dan berkarisma. Guru sebagai muallim perlu menguasai ilmu dalam bidang masing masing dan mampu menterjemahkan  isi kandungannya secara tuntas kepada pelajar. Proses memindahkan ilmu supaya mudah  difahami dan dapat dicerakinkan pelajar memerlukan kaedah pedagogi dan kemahiran oleh setiap guru. Kejayaan pelajar memang bergantung kepada keupayaan guru menuangkan ilmu dan pengetahuan secara istiqamah.

Luahan minda : Selasa 1 Mei 2012



Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...