Menjadi Kepala Sekolah (KS) tidak semudah yang digambarkan oleh masyarakat banyak. Tugas dan tanggungjawab KS memerlukan kekuatan minda, kecergasan fizikal dan kematangan intektual untuk berdepan dengan pelbagai isu terutama berkaitan dengan ibu bapa atau penjaga . Sesetengah penjaga tidak puas hati dengan tindakan pihak sekolah mengambil tindakan menggantung dan membuang pelajar kerana melakukan pelbagai kesalahan berat. Pelajar pelajar yang digugurkan dari senarai (register) telah di beri sebanyak 3 kali amaran sebelum tindakan dikenakan keatas mereka berdasarkan pekeliling dan prosedur yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.
Panel Disiplin
Sindrom SuratPeguam
Tindakan beberapa penjaga/ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan sekolah telah membawa surat peguam seolah olah ingin mencabar pengurusan dan pentadbiran sekolah walau pun telah dijelaskan berkali kali kita mengambil tindakan berdasarkan peraturan dan prosedur yang ditetapkan KPM. Sebenarnya pelajar pelajar ini boleh merayu di PPW atau Jabatan untuk bersekolah kembali (ditempatkan di sekolah lain) tetapi mereka masih berkeras seperti tidak mahu menerima penjelasan yang dikemukakan pihak sekolah.
Panel Disiplin
Sebelum proses pengguguran senarai nama seseorang pelajar, Panel Disiplin yang dianggotai Pengerusi PIBG, Pengetua , PK HEM, Guru Kaunseling dan Guru disiplin telah bersidang dan membuat keputusan secara konsensus berdasarkan kes dan salahlaku pelajar. Keputusan mesyuarat dipanjangkan ke Pejabat Pelajaran PPW untuk tindakan lanjut.
Sindrom SuratPeguam
Tindakan beberapa penjaga/ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan sekolah telah membawa surat peguam seolah olah ingin mencabar pengurusan dan pentadbiran sekolah walau pun telah dijelaskan berkali kali kita mengambil tindakan berdasarkan peraturan dan prosedur yang ditetapkan KPM. Sebenarnya pelajar pelajar ini boleh merayu di PPW atau Jabatan untuk bersekolah kembali (ditempatkan di sekolah lain) tetapi mereka masih berkeras seperti tidak mahu menerima penjelasan yang dikemukakan pihak sekolah.
No comments:
Post a Comment