Tuesday, August 9, 2011

Keajaiban Otak Manusia





Tuhan mencipta manusia sebaik-baik kejadian. Semua pancaindera manusia berfungsi untuk melakukan aktiviti kehidupan seperti bergerak, berjalan, berfikir dan bertindak. Salah satu diantara organ tubuh yang sangat penting ialah OTAK. Otak manusia dilindungi oleh Sistem Saraf Pusat (SSP) atau ( Central Nervous system) terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu : Serebrum, Serebelum dan Medula Oblongata (batang otak). Serebrum berfungsi sebagai alat untuk mengawal semua deria yang boleh diterjemahkan dalam bentuk kesedaran, ingatan (memori), kewarasan pemikiran, pertuturan, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan. Sereblum pula berfungsi sebagai pengatur /kordinasi pergerakan otot dan mengekalkan keseimbangan tubuh. Medula Oblongata pula mengandungi pusat refleks iaitu pantulan seperti kadar sistolik (denyutan jantung), kadar respirasi, penguncupan dan pembesaran salur darah,peristalsis, menelan , batuk dan bersin.

Anatomi Otak

Otak manusia yang serba kompleks mempunyai kekuatan mengingat segala peristiwa yang berlaku, kemampuan mencerna , menganalisis dan menaakul membuktikan kekuasaan Allah sebagai Pencipta yang paling mutlak. Jika komputer mempunyai perisian berupa "hard disk" yang mampu menyimpan segala data, namun otak manusia mempunyai keistimewaan yang lebih hebat daripada komputer kerana menerusi daya fikir manusialah perkakasan komputer dapat dibangunkan . Keajaiban Otak Manusia yang mampu membina kemajuan dapat disaksikan melalui pembinaan Piramid, Tajmahal Tembok Besar China dan Candi Borobodur) sebagai simbul peradaban tanpa menggunakan peralatan moden . Justeru kita perlu memelihara dan menjaga kesihatan otak dengan sebaik mungkin bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan fizikal dan mental tetap utuh. Minda yang baik menjamin jasad yang sihat.


Che' Yahya Che'Soh
Pengetua SMKDK
Guru Biology.

2 comments:

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...