Alhamdulillah Allah masih beri lagi ruang dan peluang untuk menyambut Hari Raya Idulfitri tahun ini sesudah sebulan menjalani ibadah Ramadhan. Peluang yang diberi ini sewajarnya diisi dengan amal ibadah seperti bertakbir, bertahmid dan berzikir melaungkan ASMA ALLAH sebagai tanda kita muslim sejati bukannya disambut dengan percikan bunga api dan dentuman mercun keudara yang bertalu-talu. Amalan seperti ini tidak diajar oleh agama kita.
Didikan Ramadhan
Jika sepanjang bulan Ramadhan umat Islam dapat mentarbiah diri menjadi muslim yang berdisiplin, berakhlak dan patuh kepada perintah Tuhan seharusnya buah kemanisan iman tersebut dapat diaplikasi dalam kehidupan harian . Umat Islam perlu melakukan anjakan paradigma melakukan transformasi mendidik hati menuju Al Falah iaitu kejayaan hidup bertunjangkan ilmu dan akidah yang mantap untuk memperolehi sakinah yang dijamin oleh Allah SWT untuk kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat .

No comments:
Post a Comment