Saturday, August 6, 2011

Kaji Semula Pembelajaran Bahasa Inggeris



Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) mengarahkan supaya pembelajaran Bahasa Inggeris dikaji semula bagi memastikan pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik dan berkesan. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa matlamat Kementerian Pelajaran supaya pelajar mampu menguasai dua bahasa selepas tamat persekolahan mereka. "Kita nak lihat anak luar bandar menguasai dua bahasa, selain Bahasa Melayu tapi Bahasa Inggeris tidak boleh diabaikan supaya setiap anak kita yang masuk sekolah dapat kuasai dua bahasa" . Timbalan Perdana Menteri juga mengingatkan supaya guru opsyen BI tidak mengajar subjek yang lain disekolah-sekolah .

Secara peribadi saya menyokong sepenuhnya gagasan TPM untuk mengkaji semula pembelajaran bahasa berkenaan bertujuan melahirkan pelajar yang berkualiti dan mempunyai self esteem yang tinggi. Semua kita sedia maklum Bahasa Inggeris (bukan mengagungkan) menjadi bahasa ilmu seluruh dunia .Buku-buku, jernal, wacana , dan kebanyakan himpunan /kompilasi di siarkan dalam bahasa ini.



http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=606427

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...