Pegawai Pengurus Che' Yahya Hj Che' Soh sedang mengumumkan calon calon yang disahkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 12 bagi kawasan Parlimen P119 Titiwangsa pada 24 Februari 2008 di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Mereka ialah Dr.Lo'lo' bt Ghazali dari PAS dan Datuk Aziz Jamaluddin bin Mohd Tahir dari Parti BN
PP dan PPP bersedia menerima borang penamaan calon bagi calon calon yang bertanding di kawasan Parlimen P119 Titiwangsa pada 24 Februari,2008 .
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dimana setiap lima tahun sekali pilihan raya umum diadakan untuk memilih kerajaan. Kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen bila tempoh penggal berakhir. Lazimnya Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen (Parlimen Dissolved) setelah beliau memikirkan tarikh yang sesuai Pilihanraya Umum perlu diadakan.
Tugas Pegawai Pengurus (RO)
Tugas Pegawai Pengurus (RO)
Pegawai Pengurus(PP) merupakan penjawat awam yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk menjalankan tugas yang ditetapkan. Lazimnya mereka dilantik dalam kalangan pegawai kanan dari pelbagai agensi kerajaan . Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan surat kuasa menjalankan tugas sebagai Pegawai Pengurus mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Pilihan Raya 1958 bagi membolehkan mereka mengendalikan Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditetapkan. Tugas Pegawai Pengurus ialah memastikan perjalanan pilihan raya di kawasan parlimen yang dipertanggungjawabkan kepadanya berjalan dengan lancar dan tertib. Pegawai Pengurus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang perkara atau isu yang berbangkit dalam kawasan parlimennya . Pegawai pengurus dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Pengurus (PPP) dan Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan Kerani Pengundian. Saya telah diberi amanah oleh SPR mengendalikan pilihanraya sebagai Penolong Pengurus(PP) sejak tahun 1999, Pegawai Pengurus (Returning Officer) 2004 dan terakhir 2008 .
Taklimat Oleh Pengarah SPR
Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan SPR akan mengeluarkan writ kepada Pegawai Pengurus bagi membolehkan mereka mengurus dan mengendalikan pilihan raya. Pegawai Pengurus hadir mendengar taklimat yang disampaikan Pengarah SPR negeri dan Setiausaha SPR sendiri mengenai tata cara dan proses perjalanan Pilihan raya. Seorang Pegawai Pengurus perlu menguasai dan memahami Undang-Undang dan Peraturan Pilihan Raya yang ditetapkan bagi membolehkannya menjalankan tugas dengan cekap, jujur dan berkecuali.
Peringkat Penting Tugas Pegawai Pengurus
Secara umumnya peringkat tugas yang dianggap paling mendebarkan saya ialah semasa mengendalikan proses persiapan sebelum hari penamaan calon (nomination day), pada hari penamaan calon(sangat menguji kekuatan intelektual) dan sewaktu jarak atau tempoh berkempen yang di benarkan.Pengalaman menerima kertas pencalonan yang dikemukakan oleh calon calon yang bertanding sungguh mendebarkan .Calon calon boleh mengemukakan borang pencalonan selepas jam 9.00 pagi dengan membawa bersama Tiga salinan Kertas Penamaan Calon, Akuan Berkanun Calon (Borang 5 atau 5A) dan Deposit RM10,000.00(Sepuluh ribu sahaja) dalam bentuk tunai atau resit deposit. Jika tidak memenuhi syarat yang ditetapkan PP boleh menolak borang pencalonan tersebut. PP dan PPP perlu menyemak setiap butir diri calon dengan teliti bagi mengelakan kesilapan . Setelah borang pencalonan diterima, PP perlu menandatangani borang di sudut kanan atas dan mencatat masa terima. PP perlu bertindak segera mempamerkan satu salinan kertas penamaan calon di luar dan di dalam Dewan selepas jam 10.00 pagi untuk tujuan bantahan (Borang SPR 713 -jika ada) .
Tiga peringkat ini jika dapat dilakukan dengan sempurna bermakna PP dan seluruh jenteranya boleh menarik nafas lega bagi menghadapi hari pengundian, pengiraan undi dan penjumlahan undi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi kelak .
Hari Pengundian (Polling Day)
Seawal jam 5.00 pagi Pegawai Pengurus bersama para petugasnya sudah berada di lokasi untuk memantau pergerakan perjalanan Pilihan Raya. Anggota Pasukan Keselamatan (PDRM) telah ditugaskan untuk menemani Ketua Tempat Mengundi (KTM) membawa kertas undi dan peralatan ke Pusat Pengundian dan Saluran membuang undi masing-masing seawal jam 6.30 pagi. Tepat jam 8.00 pagi pengundian di buka dan berakhir pada jam 5.00 petang. Ketua Tempat Mengundi hendaklah memastikan setiap kertas undi yang dikira dimasukan dalam borang 13 iaitu Penyata Kertas Undi dengan ditanda tangani oleh setiap calon atau ejen pilihan raya atau ejen tempat mengundi. Sesudah berpuashati KTM hendaklah memperakukan penyata tersebut dengan betul dan menurunkan tandatangan dan nama beliau dibahagian bawah kanan borang tersebut. KTM dengan segera bersama anggota Polis bergerak ke Pusat Penjumlahan Undi untuk pengumuman lanjut oleh Pegawai Pengurus.
Pengiraan Rasmi Undi
Tong-tong yang mengandungi kertas undi disusun mengikut saluran masing-masing bagi memastikan bilangannya cukup dan tiada kesan ceroboh atau dibuka. Tong tong undi di lekatkan pelekat keselamatan dan dijaga sepanjang masa sehinggalah keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai pengurus. Ketua Tempat Mengundi mengemukakan bersama borang penyata pengundian (borang 13) kepada PP untuk tujuan penjumlahan rasmi undi.Penjumlahan undi bagi setiap Pusat pengundian dan saluran dipaparkan melalui skrin besar di Dewan Penjumlahan bagi membolehkan setiap wakil/ejen calon melihat sendiri bilangan undi yang mereka peroleh. Pegawai Pengurus selanjutnya perlu mengisi borang 16 iaitu Penyata Pengundian dan memperakukan penyata tersebut dengan betul. Setelah semua proses penjumlahan undi selesai, PP hendaklah terlebih dahulu memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (EC)untuk mendapat kebenaran mereka mengumumkan keputusan calon yang dipilih . Pengumuman rasmi oleh PP hanya boleh dibuat setelah mendapat persetujuan daripada EC atau Pengarah Pilihan Raya Negeri.
Mengisytihar Calon Menang
PP mengisytihar calon yang menang bagi Parlimen
P119 Titiwangsa pada 8 Mac 2008
Pegawai Pengurus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan Pilihan Raya bagi Parlimen yang dikendalikannya. Ketelitian dan kewaspadaan sangat dituntut bagi mengelakan sebarang kesilapan. Setelah berpuas hati Pegawai Pengurus mengisytiharkan calon yang menang berdasarkan nama calon mengikut tertib dalam kertas undi dengan menyatakan bilangan undi yang ditolak dan peratus pegundian diperolehi. Pegawai Pengurus seterusnya menanda tangani borang pengisytiharan.
Che' Yahya Hj Che' Soh
Mantan PP Parlimen P119
Titiwangsa.
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) – PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Titiwangsa yang selama ini berada di bawah penguasaan Barisan Nasional (BN) apabila calonnya Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali menang dengan majoriti 1,972 undi.
Dr Lo’ Lo’,50, yang memperoleh 17,857 undi mengalahkan calon BN Datuk Aziz Jamaluddin Mohamad Tahir, 53, yang memperoleh 15,885 undi.
Mengulas kemenangannya itu, Dr. Lo' Lo' yang ditemani suami dan dua orang anaknya berkata ini membuktikan bahawa rakyat di kawasan Parlimen Titiwangsa mahukan perubahan.
“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini yang amat berharga dalam hidup dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Titiwangsa kerana berani membuat perubahan.
"Perkara pertama yang akan saya lakukan ialah dengan mendengar dan memahami apakah kehendak penduduk Titiwangsa dan akan memperjuangkan hak mereka," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan kerusi Parlimen itu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Titiwangsa Che Yahya Che Soh di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini.
Dr. Lo' LO' berkata beliau akan berusaha menunaikan janji-janji yang terkandung di dalam manifesto PAS.
-- BERNAMA
Sumber: Bernama

Copyright © 2012
BERNAMA. All rights reserved. This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA. Disclaimer. |
No comments:
Post a Comment