Dari segi Bahasa Puasa bermakna menahan diri (imsak). Menurut syariat pula ialah perbuatan hamba menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan, minum, berjimak di siang hari . Larangan melakukan perbuatan ini bermula dari terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari.
Dalil Wajib Puasa
Al Baqarah (2): 183) " Hai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" . Allah Swt menyeru orang -orang beriman bukannya orang Islam kerana tidak semua orang Islam itu beriman tetapi pasti orang beriman itu Islam. Saya katakan demikian kerana terdapat perbezaan yang ketara antara orang Islam dan Orang Beriman. Berapa ramai orang Islam yang tidak solat, tidak puasa, tidak mengeluarkan zakat , buka aurat dan sebagainya. Berpuasa seolah berpesta makanan di bazar Ramadhan dengan kebanyakan kaum wanitanya berpakaian menjolok mata, sendat, nipis dan menggairahkan.

No comments:
Post a Comment