Monday, August 8, 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah


Mohd Adnan dalam majlis bersama guru guru WPKL




Majlis Pengetua Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MPSM WPKL) akan mengadakan majlis tersebut pada hari ini 9 Ogos 2011 di Hotel Putra Kuala Lumpur. Majlis seperti ini diadakan setiap tahun sebagai satu usaha mengeratkan hubungan silaturrahim sesama anggota perkhidmatan . Majlis ini dihadiri Tuan Pengarah Pelajaran Haji Mohd. Adnan Deraman sebagai tetamu khas bersama beberapa orang Ketua Sektor . Difahamkan bahawa Tuan Pengarah akan meninggalkan perkhidmatan pendidikan dalam waktu dekat ini yang diikuti oleh beberapa orang Timbalan Pengarah dan sebilangan Pengetua Wilayah persekutuan kuala Lumpur. Selamat menempuh alam persaraan semoga Allah SWT sentiasa memberkati Tuan Puan dengan limpahan rahmat dan kesihatan berpanjangan . Amin..

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...