Ulama tersohor Prof Dr HAMKA yang nama sebenarnya HJ ABDUL MALIK KARIM AMRULLAH lahir dan dibesarkan di kampungnya Danau Maninjau Sumatera Barat Indonesia
Danau Maninjau yang tenang dan sejuk mewarnai kehidupan Buya Hamka sebagai seorang hamba yang sentiasa melihat alam dengan penuh rasa ketakwaan . " Alam tekambang menjadi guru"
banyak meninggalkan khazanah ilmu sebagai pusaka yang sungguh berharga kepada umat yang hidup alaf millinium ini . Buku-buku dan kaset ceramah agama yang mengandungi nasihat dan pedoman hidup bagi umat Islam diulang cetak, diperbanyak bagi membolehkan generasi kini mencari sumber ilmu untuk memperdalamkan pemikiran, mempertajamkan akal dan mengisi hati dengan Agama (Iman) . Tafsir AL AZHAR ,buah tangan beliau yang cukup bermakna menjadi tempat rujukan para cendekiawan , ilmuan dan agamawan menjana perbendaharaan ilmu Islam.
Akal dan Hati
Antara akal dan hati sentiasa terjadi konflit yang memerlukan penyelesaian dan pertimbangan secara adil dan saksama. Kata hati seharusnya selari dengan kehendak akal untuk menjamin kesejahteraan hidup yang aman, makmur dan sejahtera mendapat sakinah dan mawaddah. Jika kehendak hati berlainan dengan tuntutan akal , terjadilah kegoncangan kehidupan . Manusia wajib melakukan self assessment dan introspeksi diri bagi memastikan proses pendidikan hati (mengurus hati) diurus dengan baik kerana hati merupakan mahkota atau raja yang mengawal seluruh organ tubuh . Jika hati kata mau tidak siapa boleh menghalang walaupun ada ketikanya bertentangan dengan akal. Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Memang benar, jika kita turuti kemauan hati (nafsu) manusia tidak pernah merasa puas dengan nikmat yang diterimanya sehinggalah mulut dipenuhi dengan tanah .Nabi SAW pernah bersabda;
Jika anak Adam ini diberikan dua buah lombong emas nescaya ia akan meminta untuk mendapatkan lagi sehinggalah ia masuk ke lubang sempit (kubur) baru ia sedar akan hakikat kehidupan ini.
Dalam riwayat yang lain dan lebih masyhur Nabi SAW bersabda " Dalam diri anak anak Adam (manusia) terdapat seketul daging, jika daging itu baik, baiklah seluruh jasad tetapi jika ia busuk, busuklah seluruh jasad tersebut . Daging tersebut ialah hati"
Drs.Che'Yahya Che'Soh
Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment