Tuesday, August 16, 2011

Kategori Manusia Menurut Al Quran

Hamparan Bumi luas terbentang dihiasi indah gunung ganang menjadi saksi keagungan Tuhan . Khusus buat manusia yang suka merenung , berfikir , mencari, menggali dan menyoroti keajaiban alam yang hakiki nescaya ia akan bertemu dengan hakikat kehidupan yang sejati. Planet bumi tempat bermukimnya manusia , haiwan dan tumbuh-tumbuhan secara evolusi mengalami perubahan struktur demografi secara perlahan namun pasti akibat pengaruh hakisan, faktor angin , cuaca dan juga gempa (tsunami) yang berlaku memusnahkan lapisan kerak bumi dan kehidupan.

Kisah Manusia dan Alam
 
Hubungan manusia dengan alam berlangsung sejak sekian lama. Sejak Allah SWT memerintahkan Adam As bersama Isterinya Hawa turun ke bumi (fil ardhi) kerana melanggar perintah Tuhan , Alam ini sudah pun wujud. Mengikut riwayat Adam diturunkan di India manakala Hawa pula di Jeddah .Dengan Izin Allah mereka bertemu kembali di Jabbal Rahmah untuk meneruskan kehidupan dibumi . Demikian secebis kisah benar yang Allah abadikan dalam Al Quran untuk menjadi iktibar kepada setiap manusia.

Orang Bertaqwa

Allah SWT merindui orang bertaqwa kepadanya. Bertaqwa bermakna melaksanakan perintah Allah tanpa bahas yakni sami'na waatha'na baik secara bersendirian mau pun berjamaah. Al Quran telah menetapkan ciri ciri orang bertaqwa seperti ; berkata benar, jujur, beramanah, bertanggungjawab, mempunyai integriti tinggi, menepati janji dan memberi bukan untuk di puji.Orang bertaqwa tidak suka perbuatannya dihebah hebahkan kerana yakin bahawa Tuhan melihat setiap inci perlakuan dan tindakannya. Orang bertaqwa berusaha semata-mata mencari Redha Allah. Dimanakah letaknya rasa Taqwa itu ? Jawabannya sudah pasti dalam hati manusia.
Hati ialah organ tubuh yang mempunyai pengaruh besar dalam setiap perlakuan manusia. Orang yang bertaqwa mampu mengurus hatinya dengan baik melalui mahasabah diri secara berterusan sehingga mampu menjadi hamba yang beriman dan beramal soleh.

Orang Kafir
 
Al quran menyebut golongan manusia yang kedua ialah orang yang tidak mempercayai Allah. Mereka tidak percaya kewujudan Allah sebagai Zat yang mampu menghidup dan mematikan manusia. Mereka menyembah selain dari Allah. Mereka bergantung harap bukan dengan Allah Pencipta sekalian alam. Mereka mempunyai sembahan sendiri yang diperbuat daripada ukiran dan patung patung berhala untuk diidolakan setiap masa. Mereka memohon pertolongan kepada kuasa yang tidak boleh mendatangkan manfaat dan juga tidak boleh memudaratkan. Oleh kerana mereka kafir dengan ayat-ayat Allah, tempat mereka disana ialah neraka.

Orang Munafik
 
Perbendaharaan Islam (Bahasa Al Quran) sangat indah, hebat dan sungguh mengkagumkan bagi siapa saja yang cuba berjinak mendalami kandungan al Quran. Susunan kata yang teratur ,mengandungi makna yang tersirat dan tersurat menjadikan kitab Illahi ini semakin menarik untuk dibaca, dihafaz, dianalisa dan dijadikan petunjuk untuk menyelesaikan kekusutan. Dalam menghadapi orang munafik (Berpura-pura Islam) , Al Quran mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada, awas diri dari terjebak dengan pujukan dan ajakan mereka. Orang munafik sejahat-jahat makhluk kerana manusia dari spesis ini boleh berubah watak dalam sekelip mata untuk menjaga kepentingan diri . 

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.

Kategori Manusia Menurut Al Qur'an

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...