Friday, August 26, 2011

Persaraan Pengarah JPN WP KL

Hj Mohd Adenan Deraman
Pengarah Pelajaran JPN WPKL

Semalam 25 Ogos 2011(Khamis) bertempat di Auditorium Tan Sri Rafie Mahat telah berlangsung majlis LAMBAIAN KASIH sempena persaraan Pengarah Pelajaran Haji Mohd Adenan Deraman setelah berkhidmat dengan kerajaan selama 32 tahun. Tarikh sebenar beliau mengakhiri tugas sepatutnya pada 14 Disember 2011 tetapi telah memilih untuk bersara awal .Tempoh bertugas di jabatan kira-kira 1 tahun 10 bulan . Sebelum bertugas di JPNWPKL, beliau berkhidmat dibeberapa Bahagian KPM seperti Pengarah Buku Teks, Timbalan Pengarah BTP dan Pengetua beberapa buah sekolah di Sabah dan Kelantan. Semua Pengetua dan Guru Besar hadir bersama Ketua Ketua Sektor dan Timbalan Pengarah meraikan persaraan beliau.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu NEGARA KU dan lagu JPN WILAYAH dan ucapan perpisahan daripada Pengarah. Dalam ucapannya Tuan Haji Mohd Adenan mengingatkan para pegawai supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan jujur dan amanah untuk membangun modal insan negara. Majlis berakhir kira-kira jam 430 petang dengan perarakan oleh para pegawai bermula di Audi hingga ke lobi utama jabatan untuk mengetik kad perakam waktu terakhir. Beliau diarak dengan kereta antik dari lobi jabatan ke pintu utama (main gate) disaksikan para pegawai dan pelajar-pelajar SMK Tinggi Setapak Kuala lumpur .

Selamat bersara semoga diberikan kekuatan dan kesihatan berpanjangan . Amin













No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...