Hendaklah ada dalam kalangan manusia yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Penegasan Tuhan dalam ayat tersebut mempunyai kaitan rapat dengan posisi orang beriman yang meyakini kitab Allah sebagai petunjuk yang sangat lurus dalam membentuk pola laku manusia di muka bumi. Al Qur'an sebagai hudan linnas menjadi Furqan kepada manusia memilih iman atau kufur. Iman ialah mutiara kehidupan yang tersemat kukuh dalam hati menjadi tunjang akidah berpaksikan syahadah kepada Allah SWT dan mengakui keRasulan Muhammad SAW sebagai Pembawa cahaya kebenaran ke seluruh alam.Perlakuan dan akhlak Nabi SAW sangat identik dengan Al Qur'an kerana seluruh kehidupan Baginda berpandukan wahyu Tuhan. Tidak sepatah pun perkataan yang keluar dari bibirnya yang mulia melainkan menyampaikan kalimah suci Rabbani tanpa mengharapkan ganjaran kebendaan malah sanggup mempertaruhkan jiwa raga demi Islam.
Manusia di persimpangan
Terbentang dua jalan di depan kita yang semua orang sedia maklum terminal terakhir kehidupan bagi setiap insan.Iman sebagai kompas perjalanan menjadi indikator perlakuan manusia memilih antara dua iaitu baik atau buruk,bahagia atau sengsara.Setiap amalan walau pun sebesar zarah akan di perlihatkan dan seluruh anggota manusia menjadi saksi kebenaran kecuali lidah dan mulut di kunci di hadapan Allah SWT di Mahsyar kelak. Apabila jasad bertemu tanah seperti dalam lagu Farshy Turrab baharu lah manusia mengerti hakikat sebenar sebuah kehidupan ini. Berkatalah manusia Rabbana Absorna Wasame'na Farji'na Na'mal Solihan Inna Mu Kinun.
Farshy Turrab.
Apakah kita susah untuk meyakininya? Akal manusia merupakan pusat kecemerlangan minda yang sentiasa di pengaruhi logika untuk membuktikan kebenaran sedangkan alam ghaib tidak mampu di cerna oleh pemikiran secara saintifik berdasarkan analisis ilmu semata-mata.Pertembungan antara akal dan logika tanpa kemurnian keyakinan (Iman) menyebabkan manusia tercari-cari jawapan untuk membuktikan kebenaran. Konsekuensinya muncullah dogma pemikiran yang berpijak secara logika semata-mata menyebabkan manusia berada di persimpangan antara kebaikan dan keburukan.Semua perkara perlu di buktikan secara logika tanpa bersandarkan ilmu dan iman yang hakiki pastinya sukar mendapat jawaban.Memerhati tanda-tanda kebesaran Allah atau dalam terminologi Al Qur'an di sebut Zaa likamin Aayaatillah merupakan bukti konkrit terhadap Pencipta Alam yang wajib kita sembah kendati pun manusia tidak dapat melihat Tuhan.
Memakmurkan Bumi
Fungsi orang beriman mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah melakukan kemungkaran. Apabila kebaikan menandingi keburukan pastinya umah akan selamat, kerukunan hidup manusia tenteram dan bumi ini menjadi makmur dengan rahmat Tuhan berkekalan.Tugas ini sungguh mencabar dan tidak semua orang mampu melaksanakan konsep Ballighu anni walau aayah secara praktikal seperti mana yang di anjurkan Nabi SAW yang menyuruh manusia mencegah kemungkaran dengan segala usaha yang ada melalui tangan (kuasa), lisan (dakwah) dan paling lemah ialah dengan hati iaitu tidak meredhai kemungkaran berlaku.Kehidupan umat yang semakin parah dengan kebobrokan sosial mencerminkan pola laku manusia yang jauh dari iman mengundang mala petaka terhadap kehidupan manusia. Sosialisasi parah kerana kehidupan lebih bersifat individualistik bertuhankan nafsu yang tidak pernah jemu.Peranan Murabbi menuntun manusia ke jalan Tuhan berpandukan ilmu sebagai indikator kebenaran. Di sekolah para Murabbi (guru) mendidik dan mengajar manusia menjadi insan berilmu, bersahsiah dan berintegriti malangnya di luar sana mereka terdedah dengan berbagai unsur yang merugikan.Semacam paradok berlaku untuk membentuk kemurnian pribadi kehidupan manusia.
Wallahua'lam.
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Rabu 2 April,2014.
No comments:
Post a Comment