Saturday, April 19, 2014

Lambaian Kasih Pn Hanipah

 

























































 
















































































































































 

Gambar: Kredit Kamaliah Aminah.















































































































































Majlis perpisahan Puan Hajah Hanipah Endut di adakan semalam Jumaat 18 April,2014 di Dewan Bestari SMK Sinar Bintang (SMKSB@STAR) mulai jam 10.00 pagi dengan penuh meriah.Puan Hanipah PK Tadbir Akademik telah bertukar ke SMK Maxwell sebagai Pengetua mulai 26 Mac 2014. Tahniah dan selamat maju jaya. Beliau bersama warga sekolah selama 2 tahun (Mac 2012-Mac 2014).Sejak saya berpindah ke SMKSB@STAR pada April 2012 sudah dua orang PK telah dilantik menjadi Pengetua, Pn Puziah Ahmad pada Jun 2012 dan kini Pn Hanipah Endut. Kecemerlangan pendidikan di sesebuah organisasi bergantung kepada kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran seseorang ketua. Justeru peranan Pengetua menjadi kayu ukur kejayaan sesebuah sekolah sama ada  tetap dengan status quo atau berubah menjadi sebuah institusi contoh kepada masyarakat dan negara. Terima Kasih tidak terhingga kepada Jawatan Kuasa Pelaksana yang bertungkus lumus menyediakan kemudahan untuk menjayakan majlis tersebut.Dewan Gemilang@Dewan Dato'Melvin dihias indah untuk jamuan sebaik selesai majlis di Dewan Bestari. Sungguh hebat guru-guru saya walau pun sibuk dengan tugasan utama, mereka tetap cemerlang mengurus program yang menjadi sejarah kepada sekolah. Tahniah dan selamat bertugas.

Che Yahya Che Soh,
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 19 April,2014.







No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...