KUCHING 17 April - Majlis Pengetua Sekolah Malaysia mengemukakan 
tujuh cadangan kepada Kementerian Pendidikan untuk dipertimbangkan dalam
 usaha melonjakkan lagi kualiti pendidikan negara.
Yang Dipertuanya, Khailani A. Jalil berkata, tujuh perkara tersebut 
adalah menambah peruntukan pengurusan sekolah seperti bantuan geran per 
kapita (PCG) dengan segera dan menjadikan semua sekolah menengah sebagai
 sekolah gred A.
Selain itu pihaknya turut mencadangkan kementerian menaikkan elaun 
tanggungjawab pengetua daripada RM150 kepada RM600 dan menambah jumlah 
jawatan Pengetua Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C daripada 20 kepada 
40 orang serta mengisi kekosongan jawatan tersebut dengan segera.
"Kami juga mencadangkan pihak kerajaan supaya memberi kuasa autonomi 
kepada pengetua untuk melaksanakan dasar-dasar Kementerian Pendidikan 
berdasarkan kreativiti dan inovasi dengan mengambil kira keupayaan 
sekolah.
"Dalam masa sama, kami turut meminta supaya murid-murid yang hadir ke
 sekolah melebihi 85 peratus ke atas sahaja dibenarkan menduduki 
peperiksaan sebagai calon sekolah selain kolej vokasional pula 
menawarkan aliran kemahiran bagi menampung pelajar yang mempunyai 
pencapaian akademik rendah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Penutupan Persidangan Kebangsaan
 Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-53 yang 
disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Sufaat Tumin, di
 sini hari ini.
Utusan Malaysia online
Khamis 17 April,2014. 
No comments:
Post a Comment