Manusia dalam terminologi Al Qur'an di sebut sebagai An Nas,Al Insan dan Bani Adam.Buktinya kita membaca Qul A'uzubirabbinnas, Hal Ataa 'Alal Insan, Yaa Bani Aadam merupakan beberapa fakta konkrit yang telah di sebut oleh Allah SWT untuk menuntun manusia mengenal diri secara Qur'anik. Kalam Tuhan yang mulia ini mengandungi makna yang sangat sinonim dengan kehidupan manusia malah setiap peristiwa yang berlaku di jagat raya merupakan terjemahan daripada ayat-ayat Allah iaitu Zaa likamin Aayatillah sebagai penentusah ke atas setiap kejadian. Siapakah yang memegang sayap burung burung yang terbang di udara?Jawapannya ada dalam Surah Al Mulk. Siapakah An Naas ? Rujukannya terdapat dalam Surah An Naas dan siapakah yang di maksudkan dengan Bani Aadam? Jawabannya dalam Surah Yaasin yang selalu kita baca Yaa Banii Aadama anla Ta'budusyaithan innahu lakum 'aduwwum mubiin.Bukankah itu suatu bukti nyata kesempurnaan mukjizat Al Qur'an? Justeru perbanyakkanlah membaca,menghafal,menghayati,mentadabbur isi kandungannya kerana tiada bacaan yang paling indah selain daripada Al Qur'an.Tiada hafazan yang paling mulia selain mengingati Al Qur'an. Setiap huruf yang di baca diganda dengan 10 pahala apa lagi jika kita membacanya setiap hari menjadi amalan rutin sebelum pergi kerja mencari sesuap rezeki. Subhanallah.
Sumber Gambar: Internet
Sumber Gambar: Internet
Paradigma hidup
Kewarasan akal sebagai pusat konsentrasi minda menjadi faktor penentu kekuatan manusia dalam memilih jalan kehidupan.Akal yang di maksud ialah kejernihan pemikiran yang di latih secara ilmi untuk mengenal diri secara hakiki siapakah kita sesungguhnya di bumi ini?Mau kemana manusia? Apa kesudahan hidupnya? Pertanyaan-pertanyaan seperti ini mampu mengembalikan keyakinan diri untuk merobah paradigma hidup menjadi manusia yang sentiasa memikirkan kebaikan dan berusaha menghindar diri dari segala kemungkaran.Tuhan mencipta manusia terdiri dari Jasad dan Roh. Makanan jasad di sediakan di bumi ini dengan pelbagai jenis sumber protein, karbohidrat, lemak ,vitamin dan garam mineral untuk kesinambungan kehidupan manusia dan organisma yang lain.Kekuatan dan kecergasan tubuh badan bergantung kepada makanan bergizi yang seimbang.Tuhan memerintah manusia memilih makanan yang halal lagi baik yang di sebut Halalan Toyyiban bertujuan membina keseimbangan jasmani dan rohani berpanjangan. Makanan Roh ialah pengabdian total kepada Allah SWT dalam setiap kehidupan. Mematuhi perintah dan menjauhi laranganNya merupakan amalan mulia bagi setiap hamba yang beriman.Kesepaduan antara jasad dan ruh akan mewarnai kepribadian murni menjadi hamba Tuhan yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat pemberianNya, jauh dari hasad dengki, tipu muslihat, rasuah dan beradab sesama insan .
Manusia dan Al Qur'an
Al Qur'an memberi tahu manusia tentang azab neraka, siksaan berpanjangan, penyesalan yang tidak berkesudahan menanti hukuman di Mahkamah Rabbul Jalil ketika Allah menghimpun seluruh umat manusia sejak Nabi Adam As untuk mempertanggungjawabkan setiap perbuatan selama mereka hidup di bumi. Umur yang di berikan Tuhan akan di tanya kemana di habiskan, harta pula kemana di belanjakan.Beruntunglah mereka yang mendapat perlindungan di bawah Arash Allah di saat tiada siapa yang dapat menolong mereka. Peristiwa ini pasti berlaku kepada setiap jiwa tinggal lagi masa dan ketika belum tiba. Pemikiran secara selapis memang sukar menerima keyakinan kerana selalunya akal manusia akan percaya bila adanya bukti sedangkan alam ghaib tidak mampu di analisis secara ilmiah seperti mana kita tidak berdaya memikirkan bagaimana Allah SWT menghancurkan penempatan manusia dengan kejadian Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu jiwa.Walau pun setiap peristiwa berlaku di depan mata seperti gempa,kemarau,banjir, kekeringan air sehingga melumpuhkan seluruh kehidupan,manusia tidak pernah berhenti melakukan dosa dan maksiat.Manusia terkenal dengan makhluk yang suka membantah perintah Tuhan.Manusia bersifat keluh kesah lagi kikir, bila ditimpa musibah ia mengeluh dan merintih berpanjangan tanpa kesudahan kecuali orang-orang yang sabar dan Solat.
Setiap peristiwa berlaku keatas umat manusia sebenarnya untuk mengingatkan kita supaya memakmurkan bumi berpandukan suruhan Allah kerana terlalu banyak peristiwa alam berlaku sejak akhir- akhir ini seolah-olah tidak memberi kesan kepada manusia. Kejadian tsunami secara logikanya sukar di terima tetapi peristiwa tersebut benar-benar berlaku di depan mata di saksikan seluruh dunia.Ironinya Masjid Baitu Rahman di Acheh tidak terjejas walau pun kawasan sekitarnya hancur lebur. Demikian pengajaran dan ibrah dari kejadian untuk manusia berfikir tentang kekuasaan Tuhan.
Setiap peristiwa berlaku keatas umat manusia sebenarnya untuk mengingatkan kita supaya memakmurkan bumi berpandukan suruhan Allah kerana terlalu banyak peristiwa alam berlaku sejak akhir- akhir ini seolah-olah tidak memberi kesan kepada manusia. Kejadian tsunami secara logikanya sukar di terima tetapi peristiwa tersebut benar-benar berlaku di depan mata di saksikan seluruh dunia.Ironinya Masjid Baitu Rahman di Acheh tidak terjejas walau pun kawasan sekitarnya hancur lebur. Demikian pengajaran dan ibrah dari kejadian untuk manusia berfikir tentang kekuasaan Tuhan.
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala lumpur.
Rabu 9 April,2014.
No comments:
Post a Comment