Saturday, April 26, 2014

Intellectual Discourse SPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah mengadakan taklimat siri 1 kepada Pengetua dan Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 24 April,2014 (khamis) di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin Putrajaya bertujuan Memperkasa Peranan dan Tanggungjawab Ketua Jabatan Dalam Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan di negara ini. SPP merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab melantik dan mengesahkan guru-guru turut berperanan melakukan transformasi bagi menentukan kualiti guru memenuhi kriteria yang ditetapkan Kementerian selari dengan prinsip yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP 2013-2025).Pengambilan guru di buat secara teliti berdasarkan kelayakan dan kompetensi calon yang benar-benar berwibawa disamping mempunyai ciri pendidik sejati.

PPP Satu Tinjauan

Dr. Noorliza Zakuan  dari PADU (Education Performance and Delivery Unit) dalam bahasa Melayu ialah Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan menyentuh tentang  PPP sebagai kerangka besar bagi  menentukan matlamat transformasi pendidikan terlaksana dengan baik.Menurutnya ramai orang tidak memahami PPP termasuk dalam kalangan guru sendiri yang kurang peka dengan PPP yang sedang berlaku masa kini.Pemantauan  oleh PADU terutama tentang kehadiran guru,murid dan disiplin di sekolah melalui e-kehadiran di lakukan setiap hari. Semua sekolah perlu mengisi e-kehadiran setiap pagi kerana pemantauan secara on line  melalui Dashboard Kementerian beroperasi sepenuhnya untuk melihat perjalanan pengurusan murid dan guru di sekolah.

Ucapan Perasmian

Perasmian majlis disempurnakan oleh Datuk Joseph Entulu anak Belaun Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada jam 1100 pagi yang turut dihadiri Datuk Dr. Halili Dolhan Pengerusi SPP, Dato' Abu Bakar Othman Setiausaha SPP dan Ahli-ahli SPP. Dalam ucapannya beliau mengatakan pengambilan guru seharusnya di buat secara teliti bukan sahaja melihat dari aspek kecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga sahsiah yang baik.


Taklimat SU SPP

Dato' Abu Bakar Othman memberikan taklimat berkaitan dengan Memperkasa Peranan dan Tanggungjawab Ketua Jabatan Dalam Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan yang perlu di ketahui dan dilaksanakan oleh seseorang Ketua Jabatan.Dato'Abu Bakar berpengalaman luas dalam perkhidmatan Kerajaan terutama berkaitan dengan peraturan Tata Tertib yang membabitkan pegawai awam. Beliau lama berkhidmat di JPA sebelum menjawat Setiausaha SPP mulai Julai 2013 yang lalu.Taklimat berakhir pada jam 4.30 petang.











Dato' Abu Bakar Othman 
Su SPP yang baharu

Peserta taklimat
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK Sinar Bintang
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 26 April,2014.





No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...