Saturday, April 26, 2014

Jangan Biarkan Hati Mati


Hati ialah organ terpenting bagi manusia.Dalam Bahasa Inggeris di sebut Liver. Dalam Bahasa Arab di sebut QULUB. Hati tempat bersarang segala kebaikan dan keburukan. Hati merupakan Raja dalam diri seseorang.Ikut hati mati,ikut rasa binasa.Justeru manusia sangat dituntut untuk memelihara kemurnian hati dan mengisinya dengan sifat-sifat terpuji seperti ikhlas, bersyukur, patuh, setia, bertimbang rasa, qanaah, rendah diri, tidak sombong, jauh dari riak,ujub dan takabbur sehingga boleh mematikan hati. Berusaha menghindarkan diri daripada memakan makanan yang haram dan sentiasa menjaga batasan Agama merupakan senjata orang beriman.Hati yang dituntun dengan cahaya kebenaran sentiasa melihat kehidupan ini sebagai peluang untuk berbuat kebaikan sehingga menutup ruang-ruang keburukan.Hidup manusia bertambah ceria,sihat sejahtera bila hati sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi. Antara pekerjaan dan amalan berkait rapat dengan pengurusan hati.Ketidakjujuran seperti penipuan,ketirisan,salahguna kuasa, mengambil dan memberi rasuah merupakan simpton kerosakan hati.Setitik noda dalam hati akan berkumpul menjadi ribuan dosa sehingga hati penuh (zulumat) gelap gelemap sukar dimasuki cahaya. Matilah sekeping hati dari nur kebenaran Tuhan kecuali jika kita masih sempat untuk bertaubat nasuha, hati kembali bercahaya.

Fakulti Hati

Hati perlu diurus mengikut Modul Tuhan kerana PenciptaNya sangat mengetahui segala rahsia yang tersembunyi dalam diri sepertimana Firman Allah SWT Sudhuurinnas.Tuhan memegang hati-hati manusia dan sangat arif setiap lintasan yang berlaku samada baik atau sebaliknya.Berlindunglah dengan Allah dari hati yang tidak tenang melalui amalan solehan yang berkekalan.Universiti atau Pusat-Pusat Pengajian Tinggi tidak mempunyai Fakulti Hati untuk menawarkan kursus-kursus pengurusan dan pendidikan hati di peringkat Diploma dan Ijazah kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM malah tidak terdapat seorang pun dalam kalangan graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dan PhD dalam Pengurusan dan Pendidikan Hati sedangkan semua pekerjaaan dan tugas harian  sangat berkait rapat dengan peranan hati dalam kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran untuk melahirkan sebuah organisasi madani berteraskan redha Tuhan.Justeru pendidikan dan pengurusan hati merupakan modul terbaik yang perlu dilaksanakan secara berterusan untuk mendidik manusia menjadi anggota organisasi yang berpegang kepada prinsip keadilan dan kesantunan ilmu untuk merungkai salahlaku moral yang berleluasa sehingga  merencat dan membantut pembangunan manusia seutuhnya untuk membina sebuah peradaban bangsa yang harmoni dan sejahtera.Sungguh menjadi sia-sia seluruh kehidupan manusia di dunia jika tidak berusaha memenuhi perintah Tuhan  dalam setiap perbuatan.Berhati-hatilah menjaga hati supaya tidak mati.




Sumber: Snada

Hati Mati

Alangkah malangnya hidup manusia jika sekeping hati yang terdapat dalam rongga dada tidak mampu merubah paradigma untuk melakukan transformasi kehidupan menjadi seorang yang dekat dengan Tuhan.Mencintai Allah SWT dan RasulNya Muhammad SAW sebagai manifestasi amal mulia merupakan tunjang orang beriman yang sentiasa menjaga hati.Tanda-tanda hati mati dapat di lihat dalam setiap tindakan dan perbuatan seperti malas beribadah,kuat mengumpat,resah gelisah tanpa tujuan, perasaan gundah gulana,tiada seri pada wajah, hilangnya nur Ilahi, mudah berasa bosan, harta melimpah tetapi hati tetap resah,jauh dari Agama, pandangan kita sahaja yang betul orang lain semua salah dan klimak terakhir terjebak dengan hedonisma yang meruntuhkan nilai keinsanan manusia.Beza manusia dengan makhluk lain ialah hati.Sangatlah malang menimpa manusia bilamana hatinya telah tertutup rapat dari cahaya kebenaran yang di sebut dalam Al Qur'an  KHATAMALLAHU 'ALLA  QULUUBUHUM.


Ta'akul diri

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 27 April,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...