Friday, September 6, 2013

Memasyarakatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara

Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPN) yang bermula pada 2013-2025 menggariskan 11 anjakan penting Kementerian Pelajaran untuk melahirkan modal insan berwibawa yang lebih berdaya saing dan kompetetif dalam dunia global.Transformasi pendidikan yang berlaku secara makro memerlukan kefahaman luas dalam kalangan masyarakat terutama mereka yang berada di luar dunia pendidikan.Sejauh mana masyarakat memahami aspirasi Kerajaan melalui transformasi yang berlaku memerlukan partisipasi bersama bagi menjayakan program penting ini.Sarana Ibu Bapa dan Sarana sekolah di kemukakan untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada komuniti berinteraksi dengan pihak pengurusan mengenai pembabitan anak-anak mereka sepanjang berada di sekolah. Perancangan dan program bersama melalui kerjasama Ibu Bapa dan Guru merupakan indikator kecemerlangan pelajar kerana kesepaduan cita-cita menjadi tonggak pecapaian sekolah.

Garis -garis besar haluan pendidikan

Garis-garis Besar Haluan Pendidikan (GBHP) merupakan  kerangka pemikiran untuk mentransformasi sikap dan budaya kerja yang mementingkan produktiviti bagi menghasilkan modal insan berwibawa, inovatif, konstruktif yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu.Pembudayaan ilmu sebagai teras pendidikan mencerminkan peradaban manusia dalam alaf yang serba mencabar ini.Mendepani cabaran alaf baru yang semakin kompetetif  memerlukan ilmu dan kemahiran selari dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.Kurikulum perlu berubah ,proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) semestinya beranjak secara maya. Penggunaan komputer dan internet dalam pedagogi menjadi penunjang pengukuhan pengajaran kerana pembangunan peralatan digital yang begitu sophistikated merupakan sarana berkesan dalam pembangunan pendidikan.Penguasaan teknologi maklumat untuk memacu pembangunan insan  menjadi agenda pendidikan alaf ini.Semua sekolah akan di lengkapi dengan kemudahan asas menjelang 2015 merupakan intipati yang terkandung dalam PPP pastinya menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan  negara.

Wajib lulus Bahasa Inggeris

Mulai tahun 2016 , subjek Bahasa Inggeris wajib lulus dalam SPM menggambarkan betapa seriusnya kerajaan melaksanakan pembaharuan kurikulum untuk mengangkat sistem pendidikan negara dengan lebih mantap dan berkesan.Penguasaan Bahasa Inggeris(BI) dalam kalangan pelajar dan juga sebahagian guru-guru masih  dalam tahap minima berbanding dengan pendidikan di negara-negara maju. Ketidakmampuan menguasai BI bergantung kepada banyak faktor antaranya sikap dan kesedaran diri individu sendiri di samping tidak ada penguatkuasaan dalam kalangan pengamal pendidikan seperti berlaku semasa kita bersekolah dahulu.Sekolah dalam dua aliran (Malay Medium and English Medium) terbukti mampu menjana penguasaan Bahasa Inggeris dengan baik dalam kalangan pelajar dan guru kerana setiap hari " We have to communicates in English during school hours" . All subjects in English language  except for Bahasa Malaysia and Religious Knowledge. 

Menyingkap sejarah lalu

Menyingkap sejarah pendidikan dalam beberapa dasawarsa yang lalu boleh menyuntik motivasi kepada kita mengenai peranan guru dan iklim pembelajaran tempo dulu.Pelaksanaan peraturan yang  ketat dan sokongan padu masyarakat memberi impak positif kepada sistem pendidikan untuk melahirkan pelajar yang berkompeten.Saya masih ingat pelajar yang  bercakap dalam Bahasa Melayu semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di denda 10 sen oleh pihak sekolah.Saya melalui pengalaman persekolahan dalam aliran Inggeris awal tahun 70an memasuki remove class , terpaksa membayar yuran bulanan sebanyak $7.50 dan merupakan pelajar  paling akhir menjelaskan bayaran kerana kesempitan hidup.Guru Kelas sungguh cekap memungut yuran, jika lewat bayar, kena denda terpaksa berdiri di koridor selama berjam-jam.Waktu itu semua pelajar baik Melayu, Cina, India dan lain-lain sentiasa berhati-hati bila berbual takut kena denda.Masyarakat dahulu akur dengan peraturan.Mereka tidak membantah kerana memikirkan kebaikan masa depan anak-anak mereka. Mungkinkah amalan dahulu dapat di laksanakan sekarang? Saya pasti ibu bapa tidak bersetuju jika sekolah mengenakan peraturan seperti dulu kerana membebankan mereka.Generasi sekarang sungguh beruntung kerana pendidikan yang di terima secara percuma,jika pun ada hanyalah untuk yuran tertentu sahaja untuk tempoh setahun persekolahan dalam jumlah yang kecil.

Memasyarakatkan PPP bermakna sanggup menerima perubahan walau pun kadang kala kelihatan seperti tidak menguntungkan kita.


Che' Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Sabtu 7 September,2013.
Ahli PAPTI

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...