Menara 101 Taipei
Lawatan Majlis Pengetua Wilayah Persekutuan (MPSM) Kuala Lumpur ke Taiwan pada 12 hingga 16 September,(Khamis-Isnin) selama lima hari sungguh mengujakan walau pun sedikit kepenatan.Seramai 33 orang menyertai rombongan yang di ketuai Pn Hajah Rahmah Abdul Haji Pengetua SMK Sentosa (gambar bawah),tidak mengecewakan. Rombongan ini turut di sertai Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Sentul Hajah Nik Ramas Nik Wan dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Pn Rusni Abd.Jalil bersama suami. Perjalanan dengan pesawat Mas MH 366 ke Taipei selama 4 jam 20 minit lancar. Kami selamat mendarat di lapangan terbang Taoyuan pada jam 2.00petang. Waktu Taiwan sama dengan Kuala lumpur.Setelah selesai urusan imegresen, kami menuju bas yang sedia menunggu untuk membawa rombongan ke destinasi yang di tetapkan.
Masjid Besar
Dari airport kami menuju Masjid Taipei Grand Mosque untuk menunaikan Fardhu Zohor dan Asar (Jamak) melalui juru pandu Maskun Aslim dari Palembang Indonesia yang mengikuti pengajian di sini.Beliau fasih berbahasa Taiwan dan Bahasa Indonesia. Sepanjang perjalanan ke Masjid, anak muda ini petah berbicara dan berjenaka dalam loghat Indonesia dan sesekali Bahasa Melayu yang pernah di dengari melalui wisatawan yang datang ke Taiwan sebelumnya.Penduduk Taiwan berjumlah 23 juta dengan keluasan 36,000km persegi mempunyai empat musim.Orang Taiwan sangat memahami keadaan iklim negara mereka yang sentiasa terdedah dengan ancaman taufan yang melanda saban musim. Setelah selesai solat rombongan di bawa menuju ke Xi Men Ding Mall untuk membeli belah dan menaiki keretapi laju sebelum menunaikan kehendak perut di Restoran Halal Bismillah. Selesai makan malam, kami menuju Hotel Chuto Plaza(bertaraf 4 bintang) tempat penginapan selama di sini.
Menara Taipei 101 ketiga tertinggi di dunia
Rombongan MPSM tidak melepaskan peluang meninjau dari tingkat 88 menara Taipei yang menjadi mercu tanda kemodenan negara ini. Keseronokan melihat panorama kota Taipei menyebabkan kami terlepas waktu untuk melawat Zoo Taipei yang sememangnya tersedia dalam jadual, namun semuanya akur kerana dapat merasai puncak menara 101.Orang Taiwan sangat mementingkan kehijauan walau pun lahannya(tanah) terhad namun disetiap sudut di tanam dengan berbagai tanaman malah di bawah jejambat terdapat hijauan sawah padi di usahakan secara kecil-kecilan. Mereka memanfaatkan setiap ruang tanah yang ada untuk keperluan hidup harian dengan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan.
Maokong station untuk menaiki gondola
sejauh 4.3km
Menuju Maokong
Kami berpeluang menaiki kereta kabel Gondola sepanjang 4,3 km untuk melihat panorama seluruh Kota Taipei yang padat tetapi kelihatan sistematik dan tersusun. Kawasan hijau masih banyak malah tidak ternampak bukit-bukit di tarah untuk pembangunan. Mereka sangat menghargai alam sekitar dengan mengekalkan kehijauan untuk kesejahteraan generasi. Perjalanan dari Hotel Chuto Plaza ke Maokong station lebih kurang 45 minit. kami menikmati ketenangan iklim yang tenang, sejuk dan damai sepanjang bergondola pergi dan balik.Dari situ rombongan di bawa melawat Taman peringatan Chiang Kai Shek, pemimpin Kaomintang dan Panglima Tentera Parti Nasional China pada abad ke 20.
Stesyen gondola terakhir.
Taman peringatan Chiang Kai Shek
Tempat bas menurunkan rombongan untuk
makan tengah hari di NA Chaudry Restoran Halal
Geo park yang sungguh unik. Pembentukan batuan
yang berbagai jenis akibat hakisan angin, taufan ,air dan cuaca
berusia jutaan tahun membuktikan kebesaran Tuhan Maha Kuasa
Subhanallah.(Gambar bawah)
Berbagai bentuk batuan terjadi jutaan tahun.Melihat setiap kejadian Tuhan
melalui mata hati menimbulkan keinsafan dalam diri akan kebesaran Ilahi.
Mengikut Maskun, orang Taiwan majoritinya jujur dan berdisiplin. Sekiranya kita tertinggal barang berharga walau pun di mana-mana daerah dalam negara ini, tuan punya atau pemilik barang tersebut akan menerimanya kembali kerana masyarakat di sini jujur dan bermoral tinggi.Secara umum saya menyetujui pandangan Maskun dengan melihat dan memerhati gaya hidup orang Taiwan walau pun mereka bukan beragama Islam tetapi nilai-nilai kebaikan terutama dalam kalangan pengguna jalan raya boleh di jadikan tanda aras kepada pemandu di negara lain.Jalanraya agak sibuk dan padat dengan kenderaan tetapi macetnya kurang.Kelihatan pemanduan sungguh sistematik, teratur dan lancar. Pemandu yang mengambil minuman alkohol walau pun sedikit dilarang memandu di Taiwan. Pihak Polis akan melakukan razia (pemeriksaan) untuk mengesan pemandu mabuk.Penguatkuasaan peraturan sangat tegas dan ketat. Di sisi lain kemudahan yang di nikmati oleh rakyatnya yang bersalin akan di biayai oleh Kerajaan sebanyak 20,000.00 Dolar Taiwan setiap bulan hingga anak berumur lima tahun.
Yuhleu Geo park
Perjalanan ke Yuhleu Geopark dari Hotel Chuto Plaza selama 1 jam 30 minit melalui tujuh terowong (tunnel) yang panjang. Kiri kanan jalan di hiasi dengan kehijauan pokok beradun lembut bunga-bungaan yang di tata hias sungguh menenangkan perasaan. Jalannya yang berlengkar mendaki bukit menuju Geopark memerlukan penelitian dan kemahiran memandu yang tinggi. Para wisatawan dari berbagai negara berbondong-bondong mengunjungi tempat ini untuk menyaksikan keunikan batu-batuan yang terjadi akibat hakisan angin, air dan taufan sejak jutaan tahun membentuk rantaian karangan menyerupai makhluk seperti ular, buaya dan gajah tidur . Para pelawat tidak di benarkan melepasi garisan merah yang telah ditetapkan oleh penguasa bagi mengelakan berlakunya perkara yang tidak di ingini.Seperti Malaysia, para peniaga juga tak lepas peluang menawarkan berbagai makanan laut seperti ikan bilis cantik, ikan kering dan barangan cenderamata dari hidupan laut. Sunguh banyak sekali nikmat Allah kepada manusia tetapi terlalu sedikit yang bersyukur. Fabiayi aala irabbi kuma tukazziban. Secara umumnya Taiwan sebuah negara yang bersih,rakyatnya berdisiplin tinggi dan kelihatan gaya hidup lebih berorientasikan Jepun kerana kenderaan(pemanduan sebelah kiri) berasal dari negara Matahari terbit termasuk barangan dan keperluan teknologi yang di gunakan, tiada kelihatan barangan dari China kendatipun Taiwan adalah sebahagian dari Tanah Besar China.

Dari kejauhan kelihatan seolah -olah menyerupai
beberapa kumpulan gajah sedang berehat.
Lagun yang cantik mempersonakan.Garisan merah had
tanda larangan kepada para wisatawan.
Maskun Aslim pemandu pelancung menerangkan kedudukan
Yuhleu Geopark sebelum rombongan memulakan aktiviti lawatan
Sebuah sekolah di Taipei
Dapatan lawatan
Orang Taiwan sangat mementingkan disiplin dalam pekerjaan
Kota Taipei bersih dan teratur walau pun kelihatan sibuk
Setiap lahan (tanah) di manfaat untuk kegiatan kehidupan
Restoran Muslim ialah Halal Bismillah,
NA Chaudry Pakistani dan India
Orang Taiwan rajin dan komited dengan tugas.
Terdapat 33,000 kedai seven eleven di seluruh Taiwan.
Mengekalkan kehijauan untuk kesejahteraan generasi mereka
Menguatkuasa peraturan dengan tegas.
Teknologi tinggi- keretapi laju mirip Jepun
Tempat-tempat menarik seperti Geopark Yuhleu,
Window of China, Menara Taipei 101,Chiang Kai Shek Park
dan Maokong Gondola Stesyen.
Tiada PATI .
Biasakan membawa botol kosong untuk kemudahan ke bilik air.
Biasakan membawa botol kosong untuk kemudahan ke bilik air.
Lawatan MPSM WPKL ke Taiwan 12-16 September,2013.
Che' Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 22 September,2013.
Ahli PAPTI
Ahli PAPTI
Cantiknyaaa... Subhanallah...
ReplyDeleteterima Kasih kerana mengikuti perkembangan Victory.
ReplyDelete