Dikhotomi bermaksud pemisahan atau perbedaan dalam ilmu pengetahuan.Secara harfiah sememangnya tiada pemisahan antara ilmu kerana sumber hakiki berasal dari Tuhan Semesta Alam. Menjadikan juzuk-juzuk atau dualisma menyebabkan fungsi sebenar ilmu pengetahuan bergeser dari porsi asal untuk menuntun manusia mencari hakikat kebenaran hidup iaitu jalan yang lurus sesuai dengan kemurniaan ilmu itu sendiri. Permulaan ilmu ialah melalui IQRA' iaitu perintah menyuruh manusia membaca dengan nama Tuhan yang menciptakan.Perintah tersebut langsung dari Allah swt yang di sampaikan kepada Nabi Muhammad saw bertujuan mengajar manusia memahami fungsi ilmu kerana membaca merupakan sarana yang paling ampuh bagi memperkasa minda manusia menguasai ilmu pengetahuan sebagai penyuluh kebenaran.Sistem Pendidikan yang berteraskan pembinaan ilmu mampu merubah perwatakan manusia menjadi umat terbaik 'the best ummah' yang mempunyai nilai-nilai peradaban tinggi,kesantunan peribadi sebagai lambang intelektualiti untuk pembangunan negara.
Tiada dikhotomi
Sebenarnya ilmu pengetahuan tidak terpisah antara satu sama lain.Antara ilmu Islam dan dunia (akademik) seharusnya tidak berlaku segregasi kerana kedua-dua bidang disiplin ilmu mengajak manusia mencari kejernihan diri berasaskan pengetahuan yang benar.Antara kefardhuan diri (fardhu ain) dan kefarduan kifayah tiada jurang pemisahan kerana kedua-duanya saling melengkapi untuk kesejahteraan manusia. Ilmu Pengetahuan yang berpaksikan tauhid dalam banyak literature seperti Biologi, Kimia, Fizik dan banyak lagi subjek yang di ajar semuanya mengenai proses dan interaksi berlaku antara organisma merupakan bukti kejituan ilmu yang bersumberkan wahyu Tuhan. Demografi bumi yang berbagai bentuk menghasilkan iklim yang tidak sama antara negara. Ada musim sejuk, musim luruh, musim bunga dan musim panas membuktikan kebenaran ilmu yang disampaikan Tuhan melalui Al qur'an.Perjalanan musim yang bertukar ganti menyebabkan berlakunya perubahan cuaca yang mempengaruhi pola laku manusia,tingkahlaku haiwan dan kehidupan tumbuh-tumbuhan.Sejauh mana kita menganalisis, mena'akul dan mencerakin setiap proses yang berlaku merupakan indikator penalaran ilmu seseorang berdasarkan kekuatan mereka membuat penyelidikan dan memahami posisi ilmu pengetahuan yang dimiliki.
Doktrin Ilmu
Munculnya doktrin ilmu yang mendualismakan pendidikan di pengaruhi oleh pemikiran yang tidak berpijak kepada paradigma teologi tetapi semata-mata melihat dari perspektif naturalisma iaitu secara semulajadi sehingga wujudnya pemisahan dalam memahami konsep pendidikan sebenar. Banyak sekali nilai-nilai Agama dalam Sains, Geografi, Matematik, dan berbagai subjek lain yang menjurus kepada kejernihan ilmu, tinggal lagi sejauh mana kemampuan para pendidik dan pensyarah sebagai DA'I mampu mengaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka.Guru kini seharusnya dapat berfungsi sebagai Tekno Da'i dalam menyampaikan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maya kerana pengaruh globalisasi menguasai dunia memerlukan ilmu ,kemahiran dan kecekapan tinggi.Ilmu dan Agama merupakan tunjang pendidikan dalam menentukan hala tuju pembangunan dan peradaban manusia yang sejahtera dan di redhai Tuhan.Bagi mereka yang benar-benar memahami konsep ilmu,sentiasa berusaha meminggirkan dualisma supaya jangan ada dikhotomi berlaku dalam dunia pendidikan.
Jangan ada dikhotomi dalam pendidikan.
Cerapan minda
Drs. Che'Yahya Che'Soh

Pengetua SMKSB@STAR
Selasa 17 September,2013.
Ahli PAPTI
Ahli PAPTI
No comments:
Post a Comment