Dua bidang disiplin ilmu kemasyarakatan yang terpenting dalam kehidupan ialah Kepimpinan dan Pengurusan.Antara dua bidang ini terdapat perbezaan walau pun sekali imbas kelihatan hampir sama. Kepimpinan ialah proses menentukan hala tuju berpandukan kompas(visi) untuk mencapai matlamat (what to achieve) manakala pengurusan pula ialah menentukan kecekapan untuk mencapai kejayaan.Pengurusan yang cekap tanpa kepimpinan yang berintegriti akan membawa sesebuah organisasi ke arah kelembapan dan kemunduran.Kepimpinan merupakan faktor paling dominan menentukan kejayaan organisasi.Mengikut kajian Havard Business Research, 85% kejayaan di tentukan oleh kepimpinan yang dinamik hanya 15% sahaja berdasarkan kepintaran pengurusan.( Dr Mohd Shafie Mohd Amin dalam Bukunya You Are The Best ).
Kepimpinan berkesan
Berbicara mengenai kepimpinan berbagai teori di kemukakan para ahli namun tidak semuanya harus di aplikasi dalam memimpin kerana persekitaran organisasi dan budaya kerja yang tidak sama dan berbeza.Pemimpin berkesan bijak membaca situasi.Mereka memerhati dan mengobservasi kekuatan dan kelemahan sebelum merangka strategi untuk membuat anjakan perubahan.Melihat struktur organisasi secara keseluruhan dengan mengambil kira berbagai faktor (CAF) sebelum melakukan transformasi menjadi agenda pemimpin bervisi. Memang benar kekuatan kepemimpinan menjadi ukuran kejayaan melebihi kepintaran pengurusan.
Buang ego
Ilmu kepimpinan bukan hanya di perolehi melalui pembacaan dan percambahan pemikiran semata-mata tetapi yang lebih berkesan ialah bersedia membuang sikap egoistik diri turun bersama orang bawahan melakukan kerja secara kolektif. Keberadaan pemimpin di tengah-tengah pengikut memberi suntikan motivasi mencapai matlamat sesebuah organisasi kerana mereka juga menilai pemimpin melalui ucapan,perbuatan dan tindakan kita.Pemimpin berprestasi tinggi mampu mengawal emosi dan bersikap profesional dengan mengambil kira pandangan dan pendapat pengikut secara kolaborasi kerana prestasi dan reputasi kerja merupakan indikator kecemerlangan organisasi.Mereka memanfaatkan sarana yang ada seperti guru, murid dan hubungan ibu bapa sebagai pemangkin memajukan sekolah.
Bukan sekadar retorik
Menjadi pemimpin yang berprestasi memerlukan kekuatan intelektual yang tinggi.Kritikan dan serangan yang datang dari luar menjadi bumbu kehidupan yang terpaksa di lalui untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.Tugas dan tanggungjawab membangun organisasi bukan sekadar retorik penyedap halwa telinga malah di buktikan dengan sanjungan dan penghargaan komuniti dan ibu bapa terhadap kepimpinan sesebuah sekolah.Bukan perkara mudah untuk menukarkan budaya kerja yang telah sekian lama berurat dan berakar dalam kalangan warga tetapi tidak mustahil bagi seorang pemimpin yang ikhlas mampu merubah suasana dan menceriakan persekitaran organisasi dengan cemerlang kerana kepimpinan itu sebenarnya merupakan suatu seni yang mampu mempengaruhi sikap manusia untuk melakukan perubahan.Benar lah kajian Harvard Business Research bahawa 85% kejayaan di tentukan oleh dinamika kepimpinan hanya 15% sahaja berdasarkan kepintaran pengurusan.

Sentuhan minda
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Rabu 4 September,2013.
No comments:
Post a Comment