Friday, September 20, 2013

Menghimbau Dailek Kelasik Kelantan

Masyarakat Kelantan terkenal rajin berniaga tetapi tidak pada saya yang tidak gheti berjual beli walau pun asalnya Kelantan totok.Kemasyhuran Budu sebagai makanan kegemaran orang Kelantan sejak berdekad menjadi 'trade mark' negeri ini.Budu di hasilkan dari peraman ikan bilis dan udang mengalami proses fermentasi selama beberapa bulan sebelum boleh di sajikan.Kandungan protein yang banyak terdapat dalam Budu, memungkinkan orang Kelantan ramai yang  bijak pandai dan terkenal dalam berbagai sektor pekerjaaan dan perniagaan. Andaian ini hanya sekadar bacaan minda saya sahaja. Tujuan saya mencoretkan tulisan ini bukan ingin menceritakan kehebatan Budu, tetapi sekadar menghimbau beberapa dailek Kelantan yang kini jarang di guna pakai malah mungkin tidak di fahami oleh generasi sekarang.

Sebut mudah tulis susah

Bahasa Melayu Kelantan mudah di sebut tetapi sangat susah untuk di tulis.Sepanjang sejarah hidup saya belum ketemu  dalam mana-mana manuskrip mengenai paparan tulisan dalam Bahasa Melayu Kelantan.Pada kesempatan terbatas ini saya ingin berkongsi beberapa perkataan yang masih saya ingat tetapi sangat jarang di gunakan dalam perbualan seperti; Jeboo botol, Jabbe  beg kecil, gessek iaitu mancis api (bukan lighter) mang gok @agah iaitu sombong, chochah iaitu jolok, kecheh atau mecheh  menyalakan api,( contoh ayat: Jusoh Pak Su Nor mengecheh pemetik api untuk menghisap rokok daun) chongek chakdung iaitu lantai yang tidak betul. Geghe bangsal. Contoh ayat. Pak Mat termenung sendirian di atas geghe dekat rumahnya.Baghoh iaitu bendang padi.Chok iaitu cangkul. Jemoghe beranda rumah. Contoh ayat. Jenab suka duduk atas jemoghe setiap petang.Hungga lari. Che'gu Meli suruh budak-budak hungga keliling padang sekolah setiap hari.Ngesok ialah rasa seperti  nak pengsan.Guling bating ,jatuh berguling-guling.Gelenya merujuk kepada anak dara gatal. Tubek ialah keluar. Contoh, orang-orang kampung tubek ramai-ramai untuk melihat pertandingan badminton di Dewan Sekolah Tun Manja. Jeluak ialah muntah.Bayi itu hampir lemas kerana jeluak susu yang di minum.Ngessuk bergerak perlahan-lahan mengheret badan.Contoh.Dollah terpaksa mengessuk-ngessuk ke bilik air kerana di serang angin ahmar.Denne maknanya luka yang susah sembuh.Contohnya : Luka pada betis Mat Jing masih Denne kerana penyakit diabetes yang sangat kronik .Bekwah, ghele, Pakoh (memangkah).Mughih ialah marah.Janguk  ialah berhias diri (penampilan).Nganyin ialah mempersenda main@ perli. None ialah bergayut di dahan pokok.

Kelate Sengoti
Jumaat 20 September,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...