Thursday, September 5, 2013

Visiting i Think Schowcase School-SMK Convent Muar

Seramai 80 orang Pengetua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat lawatan ke SMK Convent Muar pada hari ini (Khamis) 5 September,2013. Majlis Pengetua Wilayah Persekutuan (MPSM) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menganjurkan lawatan tersebut bertujuan mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan i Think di sekolah yang menjadi projek rintis Kementerian Pelajaran.Program i Think bertujuan membudayakan kemahiran berfikir ( creative thinking) untuk menghasilkan pelajar yang berinovatif dan konstruktif.















Bersama pelajar-pelajar SMK Convent Muar.















Seorang pelajar sedang memberi pencerahan i Think

Modul i Think

Taklimat di sampaikan Pengetuanya Cik Hajah Noraini Yusuf mengenai pelaksanaan modul i Think berdasarkan lapan peta berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mulai tahun 2012. Lapan peta berkikir tersebut ialah circle map, bubble map, dubble-bubble map, flow map, multi flow map, tree map, brace map dan bridge map.Menurut Pengetua seorang guru sekolahnya di hantar ke United Kingdom (UK) selama 10 hari untuk mengikuti program i Think di beberapa buah sekolah di sana. Semua guru di berikan pendedahan mengenai pelaksanaan i Think bertujuan meningkatkan kecekapan bekerja terutama dalam menyiap Rancangan Pelajaran Tahunan, rancangan harian dan tugas-tugas semasa mereka melalui pendekatan i Think.Pelajar juga di dedahkan dengan kaedah i Think untuk merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam menyelesaikan sebarang masalah dan isu yang berkaitan dengan pelajaran mereka.

Cabaran pendidikan alaf baru

Dunia pendidikan sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan teknologi yang begitu pantas.Ketika kita berada dalam alaf baru yang serba moden menuntut manusia berfikir futurisik dan kemampuan menganalisis keperluan kehidupan  dalam jangka masa 50 tahun mendatang..Kemahiran berfikir (Hots) dalam kalangan pelajar menjadi agenda penting sekiranya negara inginkan modal insan yang berkompeten untuk membangun negara.Keupayaan menghayati dan melaksanakan pendekatan pengajaran dalam alaf baru oleh para pendidik melalui  frog Vle, Linus, MBM/MBI, PBS, SPS menjadi pemangkin kemajuan pelajar untuk pembangunan modal insan yang lebih berdaya saing ,produktif dan kompetetif dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Khamis 5 September,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...