Monday, September 30, 2013

Dua Orang Staf Bertukar

Mulai 1 Oktober,2013 dua orang staf saya En Ibrahim Wan Daud KPT(Kanan) dan Puan Zaifah Azny Adam bertukar keluar. En Ibrahim seorang pegawai pentadbiran kanan berpindah ke SMK Vokasional Setapak  ERT manakala Pn Zaifah PT pula ke Selangor. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan  perkhidmatan yang di berikan semasa berkhidmat di SMK Sinar Bintang @STAR selama beberapa tahun.Saya sempat bersama mereka selama 1 tahun 5 bulan.Ketua Pembantu Tadbir Kanan seorang yang berdisiplin, berpengalaman dan mampu menggalas tugas dengan baik. Sekolah kehilangan beliau terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran ,perkhidmatan dan  kewangan sekolah.Saya mengambil kesempatan  mengucapkan selamat maju jaya dan  selamat bertugas di tempat baru. Terima kasih CC kerana membantu saya mengurus dan mengelola tugas-tugas pentadbiran pejabat dan pembangunan infrastruktur dengan lancar dan licin sehingga SMKSB@STAR kelihatan semakin bersinar dan elegan.
















 En. Ibrahim Wan Daud (kemeja putih) sebelah Pengetua
semasa mesyuarat Jawatankuasa Sekolah di Melaka
Bandaraya Bersejarah  Disember, 2012.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 30 September,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...