Profesyen Perguruan bukan menjadi pilihan utama berbanding bidang profesional lain seperti Perubatan, Perundangan, Pengurusan dan Pentadbiran (PTD) dalam kalangan masyarakat. Kebanyakan lepasan ijazah kurang cenderung memilih kerjaya guru atau pendidik kerana beranggapan tidak mempunyai prospek masa depan yang terjamin terutama dari segi pembangunan kerjaya dan kenaikan pangkat berbanding sektor lain .
Anjakan Paradigma
Dato' Sri Najib semasa melancarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025
Sumber gambar: Internet
Dato' Sri Najib semasa melancarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025
Sumber gambar: Internet
Kementerian Pelajaran telah membuat anjakan paradigma melakukan transformasi dalam bidang pendidikan sejak beberapa dasawarsa yang lalu . Menteri Pelajaran ketika itu Dato' Sri Mohd. Najib Tun Ab Razak telah melaksanakan penambahbaikan dengan membina Kuaters Institusi Pendidikan (KIP) di seluruh negara bagi meringankan beban pendidik terutama guru-guru muda yang belum memiliki rumah. Kemudahan pinjaman kenderaan, komputer dan perumahan merupakan usaha KPM mengangkat martabat para guru . Kementerian Pelajaran telah menaiktaraf kelayakan guru-guru lepasan Maktab dengan menganugerahkan Diploma setelah tamat kursus. Pengiktirafan ini bermakna lepasan Maktab layak menerima skim gaji Diploma. Peluang kenaikan pangkat dalam kalangan penjawat bukan siswazah juga bertambah baik berbanding sebelum ini .Program pengsiswazahan guru merupakan usaha murni Kementerian bertujuan memberikan peluang kepada guru-guru memiliki ijazah untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.
Keprihatinan Kerajaan
Sebagai seorang pendidik saya mengamati setiap perkembangan yang berlaku dalam bidang pendidikan terutama berkaitan dengan kebajikan guru. kita tidak menafikan peluang-peluang kenaikan pangkat ketika ini jauh lebih baik berbanding beberapa dekad lalu. Keprihatinan Kerajaan meladeni tuntutan guru sangat kita hargai . Perubahan ketara bermula era Dato' Sri Najib menjadi Menteri Pelajaran dari tahun 1995-1999. Beliau telah berjaya merubah lanskap dunia perguruan dengan melaksanakan transformasi melalui pindaan Akta Pendidikan 1996 dan beberapa akta berkaitan untuk mempercepatkan pembangunan pendidikan negara .
Transformasi Pendidikan Menguntungkan Guru
Saya melihat dari perspektif makro, transformasi pendidikan negara memberi keuntungan kepada para guru terutama bagi mereka yang masih muda dalam perkhidmatan. Peluang kenaikan pangkat terbuka luas dengan tangga gaji yang tinggi . Semua Pengetua Gred DG52 dan Gred DG54 malah ada yang JUSA C, merupakan suatu pengiktirafan besar Kerajaan kepada para guru disamping menikmati berbagai kemudahan seperti elaun keraian, elaun perumahan, elaun tanggung jawab dan elaun khas bagi guru yang mengajar Pendidikan Khas (PPKI). Kenaikan pangkat secara "Time Based " dan Hakiki turut dinikmati oleh guru-guru biasa disamping perjawatan Guru Cemerlang sebagai pemangkin kecemerlangan pendidikan .
Semoga kita yang bernama guru baik dimana pun berada samada di KPM, JPN, PPD atau di sekolah ,tugas dan peranan kita ialah memaju dan mengangkat martabat pendidikan negara menjadi sebuah badan yang disegani dunia sepertimana terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPP) 2013-2025 .
Semoga kita yang bernama guru baik dimana pun berada samada di KPM, JPN, PPD atau di sekolah ,tugas dan peranan kita ialah memaju dan mengangkat martabat pendidikan negara menjadi sebuah badan yang disegani dunia sepertimana terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPP) 2013-2025 .
Tulisan ini berdasarkan pengetahuan dan pembacaan
semata-mata , sebarang teguran konstruktif sangat di alu-alukan.
Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
19 November,2012
Isnin 5 Muharram1434H
No comments:
Post a Comment