Telah menjadi naluri manusia menyukai keindahan. Jiwa manusia sangat sebati dengan alam. Ibarat irama dan lagu, hubungan manusia dengan alam saling bergantung . Jaringan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan merupakan mata rantai (food chain) yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Tuhan menumbuhkan rasa cinta dalam hati setiap manusia suka kepada kelembutan, keayuan dan kecantikan sebagai manifestasi realiti sebuah kehidupan. Justeru kita perlu menghargai dan mensyukuri setiap makhluk ciptaan Tuhan termasuk haiwan dan tumbuhan kerana mereka menyumbang kestabilan ekosistem kehidupan yang sangat berguna untuk kelangsungan hidup manusia . Memelihara persekitaran lingkungan menjadi kewajiban kepada semua orang bagi memastikan kesihatan berkekalan . Tumbuh-tumbuhan menyumbangkan Oksigen dan menyerap haba untuk keseimbangan suhu bumi . Pak Hamka menyebut dalam Bahasa Minangkabau "Alam Takambang Menjadi Guru" bermakna alam luas terbentang menjadi iktibar mengenai kekuasaan Tuhan mencipta pelbagai spesis flora dan fauna sebagai khazanah alam yang perlu di lestari untuk kesinambungan hidup manusia .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menjana kekuatan organisasi
Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...
-
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saudari Pengacara majlis, Yang Berhormat Datuk M...
-
UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMK DANAU KOTA 2011 PENYAMPAI : DATO’MOHD.SHAFIE ABDULLAH ...
-
Semoga Allah SWT memberkati beliau dan memberi seribu rahmat atas usaha murni ini. Sepanjang musim sejuk akhir 2014 zikir ini sentiasa b...
syukur kehadratNya...kita dapat menikmati dan menghargai keindahan kurniaanNya dengan baik dan selesa.Doa dan harapan moga aura kehijauan dedaun dan kumtuman bunga ini akan memberi kesegaran dan kedamaian hati insan-insan yang yang berada di SMKSB...insyaallah
ReplyDeleteTerima kasih kerana sentiasa mengikuti perkembangan sekolah kita .
ReplyDelete