Saturday, November 24, 2012

Azab Datang Waktu Subuh


Surah Huud mengandungi 123 ayat menceritakan berbagai peristiwa yang berlaku keatas kaum Nabi Huud, kaum Nabi Nuh ,kaum Nabi Soleh, kaum Nabi Luth  kaum Nabi Shu'aib dan umat Nabi Musa As. Membaca surah ini sangat seronok dan menarik kerana menceritakan kisah-kisah yang berlaku terhadap umat para Nabi terdahulu yang mengajak kaumnya menyembah Allah, melakukan amal kebaikan dan tidak membuat kerosakan di muka bumi. Dalam masa yang sama perasaan gerun dan takut menghantui diri mengenangkan betapa dahsyatnya AZAB ALLAH menimpa umat manusia yang melakukan kerosakan di muka bumi .

Tugas Para Nabi 

Para Nabi berdakwah membawa misi Tuhan untuk menyelamatkan manusia dari kegelapan kepada cahaya keimanan( DZULUMAT ILLAN NUR) namun tidak ramai yang mengikut seruan mereka. Nabi Nuh   mempunyai pengikut sangat kecil walau pun  menyeru manusia ratusan tahun. Baginda mengadu kepada Allah seperti mana terungkap dalam  Surah Nuh ayat 5 dan 6 "Ya Tuhanku  sesungguhnya Aku telah menyeru kaumku siang dan malam ".(Nuh :5) Maka seruan ku itu  hanya menambah mereka  (lari dari kebenaran Nuh :6).Walau pun pengikutnya sedikit,Nabi Nuh As tidak pernah berputus asa menyampaikan perintah Tuhan kepada kaumnya.


Para Nabi di uji Allah


Sudah menjadi ketentuan Illahi, kehadiran para pembawa risalah Tuhan di Muka Bumi diiringi dengan  ujian dan mehnah yang berbagai yang sudah tentu tidak mampu di tanggung oleh manusia biasa. Allah memberikan mukjizat sebagai tanda karamah kepada para Nabi dalam melaksanakan tugas dakwah sebagai  perisai   menegakan kebenaran memerangi kaum kafir.Nabi Musa membelah laut dengan tongkatnya dengan perintah dan Izin Allah semasa di kejar tentera Firaun. Nabi Ibrahim As tidak terbakar oleh api semasa pemerintahan Regim Namrud yang zalim. Baginda dipelihara Allah dari kebakaran. Bardan wasalaama. Api menjadi sejuk menyejukan Ibrahim. Ujian yang diberikan Tuhan kepada Nabi Ibrahim As tidak terhenti disitu sahaja malah Baginda diperintah pula mengorbankan anaknya Ismail As yang di kasihi sebagai bukti keimanannya kepada Allah Swt. Kisah mengenai Nabi Ibrahim bertebaran dalam beberapa surah termasuk Surah Huud yang sedang kita bincang ini.


Nabi Ibrahim Berdailog 
dengan Malaikat





Sumber video you tube Sh.Shuraim
Surah Huud . My favorite Imam


Allah mengutus para Malaikat kepada Nabi Ibrahim As membawa salam dan  khabar gembira bahawa Baginda dan isterinya akan mendapat cahaya mata yang kelak menjadi Nabi iaitu Ishak As. Dari Zuriat Nabi Ishak akan lahir pula Nabi Yaakub As.Isterinya yang berada di balik tabir tersenyum hairan mendengar perbualan Malaikat dengan Nabi Ibrahim As kerana mustahil beliau boleh mengandung sedangkan suaminya pula sudah tua.Para utusan berkata apa yang perlu dihairankan jika Allah berkehendakan sesuatu berlaku ia pasti terjadi. Mendengar jawaban tersebut Nabi Ibrahim As bersama isterinya berasa seronok dan gembira dengan perkhabaran tersebut . Baginda menghidangkan jamuan istimewa bersama daging lembu panggang kepada tetamunya tetapi mereka tidak menyentuh langsung hidangan tersebut. Nabi Ibrahim As merasa hairan dan mula timbul rasa takut serta  khuatir dengan kedatangan mereka. Melihat kegusaran pada wajah Baginda, para Malaikat memperkenalkan diri mereka yang sebenarnya. Kami ialah  utusan Tuhan yang dihantar khusus  untuk menghancurkan kaum Nabi Luth As di bumi Sodom kerana melakukan sodomi iaitu seks sejenis melampaui batas. Nabi Ibrahim As bertanya kepada para Malaikat mengapa hendak menghancurkan umat Nabi Luth sedangkan masih ada antara mereka yang beriman kepada Allah. Para Utusan menjawab hentikanlah Ya Ibrahim soal jawab ini sesungguhnya kami diperintah Tuhan keatas kaum yang zalim lagi melampaui batas .Nabi Ibrahim yang terkenal dengan gelaran Khalilullah seorang yang penyantun, penghiba dan suka kembali kepada Allah tunduk patuh setiap perintah yang datang dari Tuhan sekalian alam.


Kehancuran Sodom


Kehancuran kaum Sodom pasti berlaku seperti janji Allah. Nabi Luth As berasa takut dan bimbang dengan kedatangan rombongan pemuda kacak dan tampan ke rumahnya. Baginda bimbang kerana cukup faham tabiat kaumnya yang sukakan kaum sejenis. Para Malaikat memperkenalkan diri mereka yang sebenarnya dan meminta Nabi Luth tidak takut dan bimbang perbuatan kaumnya terhadap tetamu mereka. Para Malaikat memberi jaminan bahawa mereka tidak akan dapat diperlakukan oleh kaum Nabi Luth yang gian dengan lelaki. Melihat kedatangan pemuda-pemuda kacak tersebut, mereka bertambah berahi dan terus  bergegas untuk melakukan perbuatan terkutuk dengan tetamu Nabi Luth As. Para Malaikat berkata kepada Luth As supaya meninggalkan negeri ini bersama orang beriman kecuali isterinya kerana sesungguhnya AZAB ALLAH semakin hampir iaitu waktu Subuh. Bukankah Subuh itu sudah dekat ? Apabila datang Azab Allah yang dijanjikan negeri kaum Nabi Luth As di terbalikan yang diatas ke bawah dan dihujani dengan batu dari tanah terbakar bertubi-tubi menjadikan negeri tersebut seperti belum di diami manusia. Allah menyelamatkan Nabi Luth As bersama pengikutnya yang beriman.Kesan peninggalan kehancuran Sodom dapat dilihat hingga kini iaitu Laut Mati  di Jordan. Semoga Allah swt memberikan peluang kepada ku untuk melihat puing-puing peninggalan sejarah yang diabadikan Tuhan di bumi Jordan suatu hari nanti . InsyaAllah.





Laut mati di Jordan .
kredit gambar: peribadirasululullah. word press. com


Tamsil/Pengajaran


Para Nabi menerima ujian yang sangat berat sepanjang membawa risalah Tuhan.
Nabi Nuh As menerima ujian berat , anaknya tenggelam di depan mata semasa peristiwa banjir besar.
Nabi Musa As dengan Firaun
Nabi Luth As berpisah dengan isteri
Nabi Yaakub As dengan anaknya Nabi Yusuff As
Nabi Yusuff dengan Zulaikha sehingga Allah menyelamatkan NabiNya dari terjerumus kelembah nafsu.
Azab Allah berlaku waktu Subuh .
Janji Allah pasti berlaku.
Kisah tersebut benar-benar berlaku.
Umat Islam wajib beriman dengan Al Qur'an.
Surah ini memerintah Nabi Saw memberi peringatan dan membawa khabar gembira kepada umat manusia  yang beriman dan Mentauhidkan Allah .

Wallahua'llam.

Al Fakir  wal Miskin,
Che' Yahya Che' Soh.
Sabtu 24 November,2012
10 Muharram 1434H
Rujukan : Tafsir Al Qur'an

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...