Everything begin from home.
We will repaint our school soon.
Sekolah ceria, guru mesra, pelajar berjaya,
ibu bapa gembira ,negara sejahtera
Shinning Rose flower .
Sejuk mata memandang
Subhanallah cantiknya ciptaan MU
Fabiayyialaa irabbikuma tukazziban
Hijau kekuningan melembutkan perasaan
Sekuntum mawar merah menjadi terapi diri
Ya Allah Engkau lah Tuhan yang menghidupkan tumbuhan
dan bungaan. Indahkan wajah sekolah ku kerana
sesungguhnya keindahan itu milik MU
Semakin hari semakin sayang
Semakin hari semakin sayang . Ini lah sekolah kedua ku sejak menjadi Pengetua. Sekolah pertama SMK DANAU KOTA selama tiga tahun (16 Mac 2009-16 Mac 2012). Aku bertukar ke SMKSB@STAR mulai 10 April,2012. Walau pun jauh dari kediaman ku,namun hati ku puas dan lapang bila melihat wajahmu yang semakin cerah dan bersinar umpama kerdipan bintang di langit. Kepuasan bekerja menjadi indikator kejayaan. Pengalaman bertugas sebagai pegawai di KPM, JPA dan Jabatan Pelajaran selama 16 tahun terlalu jauh bezanya berbanding mengurus sekolah. Saya banyak belajar dari pelbagai sumber, mengutip pengalaman sebagai pentadbir, pengurus dan pemimpin yang perlu berdepan dengan karenah ibu bapa, komuniti, stake holders yang sangat sensitif dengan sesuatu isu berlaku di sekolah . Memiliki sedikit pengetahuan beradun pengalaman dan kemahiran menjadi penawar merungkaikan segala masalah yang berlaku kerana tujuan utama kita ialah memajukan sekolah sebagai sebuah organisasi unggul dan berwibawa. Sesuai dengan nama mu SMK SINAR BINTANG , sekolah ku semakin kelihatan berseri di hiasi lembut kuntuman mekar yang menyinari luaran dan dalaman mu. Gabungan padu tenaga guru-guru terutama Pn. Rosnah Samlee, persekitaran sekolah semakin cantik, menarik dan menyegarkan menjadi terapi minda para pelajar mentelaah pelajaran mereka.
Mendamba kecemerlangan
Sebagai Pengetua saya mempunyai impian yang besar terhadap pembangunan sekolah terutama kecemerlangan pelajar. Pembangunan akademik menjadi indikator kemajuan sekolah disamping ko kurikulum dan sukan. Saya telah menetapkan sasaran 60% pencapaian akademik, 20% ko kurikulum, 20% sahsiah (60:20:20). Mendamba kecemerlangan menjadi realiti bukan sesuatu yang mustahil kerana pelajar-pelajar SMKSB@STAR berpotensi mencipta kecemerlangan dalam SPM dan PMR . Pembabitan pelajar kami dalam arena antarabangsa seperti Tae Kwan Do , Badminton dan memenangi tempat pertama dalam "Chef competetion" menjadi bukti kekuatan sekolah ini. Saya bercita-cita untuk menubuhkan "School Band" seperti mana VI dan ST John memandangkan ramai pelajar yang berbakat dan berkebolehan untuk kita ketengahkan. InsyaAllah kita berusaha mencari dana dari berbagai sumber untuk menggilap bakat pelajar SMKSB@STAR . Saya yakin berkat kerjasama dan partisipasi semua pihak terutama sokongan PIBG yang sangat prihatin dengan sekolah, kita boleh menempa kejayaan yang di idamkan.
Sumbangan gambar : Cikgu Ross blog
Terima kasih kerana sangat
prihatin dengan sekolah.
Che'Yahya Che'Soh.
Pengetua.
Isnin 12 November,2012
27 DZulHijjah1433H
No comments:
Post a Comment