Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H InsyaAllah pada hari Khamis ini bersamaan 15 November,2012 . Bulan berganti, tahun bertukar begitu cepat sekali.Tahun lalu 1432H kami sekeluarga menunaikan Ibadah Haji (Badal Haji Ibu saya) melalui Tabung Haji .Kami merupakan jemaah terakhir meninggalkan kota suci Madinah dengan penerbangan KT terakhir.Saya berasa seperti baru sangat meninggalkan Makkah, Arafah , Mina dan Madinah.Jemaah Haji1433H sudah pun pulang ke Tanah air bermakna sudah setahun saya meninggalkan Tanah Suci Ya Allah cepatnya masa berlalu. Ketibaan tahun 1434H menjadi indikator atau penanda aras umur manusia yang pastinya bertambah atau berkurang dari peruntukan usia yang Tuhan tetapkan bagi seseorang hamba di muka bumi .
Iktibar pengorbanan Nabi SAW
Ukuran amalan mengikut NERACA TUHAN ialah Taqwa. Hamba yang beriman sentiasa membuat refleksi diri (self assessment) terhadap kelemahan dan kekuatan diri dalam melakukan suruhan Allah secara mutlak tanpa bahas berdasarkan tuntutan syariat Islam.Menyambut Maal Hijrah bermakna mengambil iktibar pengorbanan Rasul SAW bersama para sahabat mengislah diri secara Quranik . Maksudnya penghijrahan Nabi SAW semata-mata kerana membawa IMAN sebagai asas ketaqwaan kepada Tuhan Sekelian Alam. Memelihara iman sebagai kerangka Islam menuntut pengorbanan yang terpaksa di bayar dengan darah dan air mata.Pada awal kebangkitan Islam berbagai sekatan dan halangan ditempuh Nabi SAW bersama para sahabat , memaksa Baginda mengasingkan diri bersama Abu Bakar AS Siddiq ke Gua Thur.Peristiwa ini menjadi saksi perjalanan dakwah Rasullullah SAW menyampaikan risalah Tuhan ke muka bumi sehingga tertegaknya negara Islam Madinah .
Bukti permulaan Hijrah
Hijrah bermaksud perpindahan Nabi dari Kota Makkah ke Kota Madinah berpandukan wahyu Allah SWT berdasarkan Surah Al Baqarah . Surah terpanjang ini mengandungi 286 ayat di turunkan di Madinah pada permulaan Hijrah , sementara ayat 281 diturunkan di Mina . Bukti Quranik ini menjadi petunjuk kepada Baginda untuk melaksanakan perintah Allah meninggalkan bumi tanah tumpah darahnya Mekah Al Mukarramah menuju Madinah Al Munawarrah . Jika Nabi Ibrahim As menjunjung perintah Tuhan tanpa soal dengan meninggalkan isteri dan anak yang masih kecil Nabi Ismail As bersama sedikit bekalan di lembah gurun gersang kerana semata-mata mengharap redha Allah, peristiwa yang hampir serupa di tempoh Nabi SAW meninggalkan kaum keluarga sanak saudara di negeri kelahiran sendiri yang sangat dirinduinya Bumi Bakkah yang penuh barakah .
Memperbanyak Istighfar
Sempena ketibaan bulan Muharram ini kita di sunatkan memperbanyak istighfar dengan memohon ampun kepada Allah SWT terhadap salah laku dan perbuatan mudah-mudahan Allah SWT memberikan keampunan dan kerahmatan kepada kita . Perbanyakkan selawat kepada Nabi SAW sebagai tanda kita kasihkan Baginda kerana Allah dan para Malaikat pun sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW . Walau pun Nabi telah meninggalkan kita ribuan tahun lalu, namun risalah yang dibawa Baginda tetap bersinar hingga keakhir zaman melalui Al Quran dan Hadith sebagai petunjuk umat Islam yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan . Umat Islam digalakan membaca doa awal tahun bagi mengukuhkan iman dan ketaqwaan kepada Allah SWT .
Doa awal tahun Hijrah.
Sumber doa: internet
Panjang umur bertambah amalan
Sebaik baik manusia ialah mereka yang diberikan usia yang panjang baik amalannya. Seburuk buruk manusia ialah mereka yang dipanjangkan umurnya tetapi jelek perbuatannya . Renungilah bersama jika dunia ini boleh kekal untuk manusia, nescaya Rasullulah SAW tidak akan wafat buat selama-lamanya . Sedang Nabi SAW yang maksum singgah sebentar di bumi ini (63 tahun) apa lagi kita manusia biasa yang serba kekurangan boleh dipanggil Tuhan bila bila masa . Justeru perbanyakan amal kebaikan mencari redha Tuhan sebagai bekal perjalanan menuju kehidupan ukhrawi yang hakiki dan abadi sepertimana panggilan Illahi
" Hai jiwa yang tenang, kembali lah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi di Redhai Nya , Maka masuk lah ke dalam jemaah hamba-hamba Ku dan Masuk lah ke dalam syurgaKu."(Al Fajr 27-30).
Bergenang air mata saya membaca surah ini . Sungguh menusuk qalbu dan menggugah perasaan. Betapa kasih dan sayangnya Allah SWT kepada hambaNya yang berbuat baik melakukan amal makruf mencegah nahyi mungkar semata-mata kerana Allah. Keikhlasan diri melakukan ibadah menjadi prestasi iman yang di nilai Tuhan. Balasannya ialah Jannah yang kekal abadi .
" Hai jiwa yang tenang, kembali lah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi di Redhai Nya , Maka masuk lah ke dalam jemaah hamba-hamba Ku dan Masuk lah ke dalam syurgaKu."(Al Fajr 27-30).
Bergenang air mata saya membaca surah ini . Sungguh menusuk qalbu dan menggugah perasaan. Betapa kasih dan sayangnya Allah SWT kepada hambaNya yang berbuat baik melakukan amal makruf mencegah nahyi mungkar semata-mata kerana Allah. Keikhlasan diri melakukan ibadah menjadi prestasi iman yang di nilai Tuhan. Balasannya ialah Jannah yang kekal abadi .
Wallahua'llam.
Muhasabah diri
Al Fakir Wal miskin
Che' Yahya Che' Soh
Pengetua .
Ahad 11 November,2012
26 DzulHijjah 1433H
Hakcipta Terpelihara oleh Admin.
No comments:
Post a Comment