Mengikuti perkembangan situasi yang berlaku di dunia hari ini cukup mencemaskan manusia. Gempa bumi kerap melanda , perubahan cuaca yang tidak menentu telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Amerika sebuah negara besar dunia turut mengalami peristiwa sungguh dahsyat dalam sejarah malapetaka yang berlaku selepas tsunami besar di Jepun. Fenomena alam yang terjadi kerana ribut Sandy melumpuhkan kota New York , New Jersey dan bandar-bandar lain menyebabkan bekalan elektrik terputus mengakibatkan jutaan penduduk bergelap. Rumah-rumah dan bangunan ranap di pukul Sandy yang menggila. Lapangan terbang terpaksa ditutup dan ribuan orang terkandas . Bekalan makanan terhad . Banyak nyawa terkorban dan kehilangan harta benda dalam sekelip mata menjadi mimpi ngeri yang sangat sukar dilupakan .
Peristiwa yang berlaku sudah tentu mempunyai sebab dan akibat (cause effect) yang menuntut manusia melakukan refleksi diri sejauh mana kita menghargai nikmat Tuhan , mensyukuri setiap kurniaanNya. Mengambil peringatan yang berlaku di sana , kita juga perlu berwaspada kerana bencana boleh berlaku tanpa mengira tempat dan kedudukan geografi sesebuah negara . Malaysia juga telah mengalami pengalaman pahit pada penghujung tahun 2004 ketika berlakunya Tsunami di Pulau Mutiara dan Kuala Muda Kedah yang mengorbankan beberapa nyawa dan kerosakan harta benda.
Peristiwa yang berlaku sudah tentu mempunyai sebab dan akibat (cause effect) yang menuntut manusia melakukan refleksi diri sejauh mana kita menghargai nikmat Tuhan , mensyukuri setiap kurniaanNya. Mengambil peringatan yang berlaku di sana , kita juga perlu berwaspada kerana bencana boleh berlaku tanpa mengira tempat dan kedudukan geografi sesebuah negara . Malaysia juga telah mengalami pengalaman pahit pada penghujung tahun 2004 ketika berlakunya Tsunami di Pulau Mutiara dan Kuala Muda Kedah yang mengorbankan beberapa nyawa dan kerosakan harta benda.
Bila Alam Mula Berbicara
Kekuatan ilmu pengetahuan moden sehingga mampu melihat bumi melalui satelit menjadi senjata manusia alaf ini untuk berkomunikasi secara global. Mereka mengetahui imej bumi , perubahan cuaca dunia , astronomi, penyelidikan kerana elemen satalit mengandungi komponen elektrikal, mekanikal,elektronik dan komputer bagi memantau pergerakan sesuatu jisim. Kemampuan manusia mencipta dan merekayasa pelbagai teknologi tidak mampu menyekat kemaraan angin, ribut, taufan, banjir dan gempa berlaku kerana hukum Tuhan atau Sunahtullah mengatasi ilmu manusia . Allah yang mencipta manusia, bumi, udara, angin, air dan lautan sangat ARIF dengan perlakuan setiap makhluknya . Bila Alam Mula Berbicara sebenarnya ingin menghantar mesej kepada manusia supaya mengurus bumi ini dengan baik berlaku adil sesama hamba Tuhan .
.
Sumber gambar :Arkib Utusan Malaysia 2/7/2012
Iktibar dari Al Qur'an
Al Qur'an semulia-mulia kitab yang diturunkan kepada manusia . Kalam Tuhan ini sarat dengan peringatan, pengajaran, kisah umat terdahulu yang mengingkari ajaran Allah . Kisah kehancuran Firaun, Haman dan Qarun yang memerintah Masir suatu ketika dulu menjadi sejarah yang perlu diambil iktibar oleh generasi kini. Kemusnahan peradaban yang di bina ribuan tahun hancur sekelip mata kerana mereka membantah Tuhan malah sanggup mengaku dirinya tuhan. Firaun menjadikan bumi Masir seperti milik mutlak dirinya sehingga mengeluarkan arahan kepada seluruh rakyat Masir supaya membunuh anak lelaki. Kisah kehancuran umat terdahulu seperti berlaku kepada penduduk Sadom merupakan bukti konkrit kebenaran Al Qur'an sehingga kini kesan peninggalannya dapat kita saksikan . Demikian sekelumit paparan dari kisah Al Qur'an untuk menjadi pengajaran kepada kita .
Ta'akulan minda,
Che'Yahya Che' Soh
3 November,2012.
No comments:
Post a Comment