Wajah anak-anak ku .
Akmal berkaca mata dan
Abang Long (ALI AKBAR )
Republik Indonesia merupakan sebuah negara besar yang mengandungi ribuan pulau dengan penduduknya seramai 242.3 juta mempunyai bentuk muka bumi yang sangat cantik dan kaya dengan khazanah alam. Kota-kota besar seperti Jakarta, Bandung, Surabaya, Jokjakarta, Bali mempunyai sejarahnya tersendiri. Selasa 13 November,2012 kami sekeluarga (kecuali anak sulung- ALI AKBAR) berwisata ke Jakarta dan Bandung dengan penerbangan Tiger Airways (Mandala) selama empat hari bagi meraikan Kak Lang (Pharmasist) yang balik bercuti dari UK selama sebulan.
Kota Bandung yang padat
Perjalanan selama 1jam 40 minit dari LCCT ke Jakarta lancar. Alhamdulillah kami tiba di Lapangan Terbang Sukarno-Hatta jam 12.50 tengah hari. Supir yang membawa kami Solehuddin telah menunggu di Balai Ketibaan (Kedatangan- Bahasa Indonesia) . Kami menaiki van Arena menuju Bandung. Perjalanan Jakarta-Bandung yang sepatutnya mengambil masa 3 jam menjadi lebih 5 jam kerana jalan-jalan di Jakarta terlalu macet menyukarkan pergerakan . Lebih teruk sesak dari Kuala Lumpur . Solehuddin berkhidmat dengan Zafiracar.com Travel Tours and Hotel Reservation Tarmidzi Yusuff atau panggilan mesra PAK TAM yang menawarkan kemudahan kepada para pelancung ke Jakarta dan Bandung. (Email : zafiracar@yahoo.com) . Saya berpuas hati dengan layanan yang diberikan kepada kami selama 4 hari berada di Bandung dan Jakarta.
Menikmati keindahan panorama
Menikmati keindahan panorama ciptaan Tuhan sungguh menyegarkan perasaan walau pun penat perjalanan seharian. Muka bumi negeri ini subur dengan tumbuhan menghijau memukau pemandangan . Kami singgah di Restoran Minangkabau untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong sejak tadi. Selesai makan dan solat jamak (Zohor -Asar) kami meneruskan perjalanan menuju Bandung dan tiba di Hotel Sareena tempat penginapan selama 4 hari jam 700 malam.
Eksplorasi Tangkuban Parahu.
Kawah gunung berapi masih aktif
Kami sekeluarga bergambar
kenangan di Tangkuban Parahu.
Kehijauan alam yang sejuk
dan menyegarkan.
Tangkuban Parahu merupakan salah satu Taman Negara (National Park) yang terkenal di Jawa Barat terletak 1300m dari paras laut menjadi destinasi pariwisata seluruh dunia. Pemandangannya yang sungguh cantik dan menakjubkan merupakan salah satu keajaiban ciptaan Tuhan yang perlu dijadikan iktibar kepada mereka yang beriman bahawa Allah boleh berbuat apa saja mengikut kehendakNYa. Kawah yang terbentuk akibat letusan gunung berapi yang masih mengeluarkan asap menjadi saksi kebesaran Tuhan bagi mereka yang melihat dengan mata hati dan iman. Keseronokan menikmati fenomena alam terganggu oleh penjual cenderamata yang tidak berputus asa menawarkan barangan mereka kepada kami walau pun kita tidak berminat. Begitu lah gigihnya penjual ini mencari rezeki.
FABIAYIAALAA IRABBIKUMA TUKAZZIBAN
Kawah Gunung Berapi yang masih hidup (AKTIF)
mengeluarkan kepulan asap mengandungi sulfur .
Sumber you tube Tangkuban Parahu
Pintu gerbang menuju Tangkuban Parahu
Makan di Kampung Daun
Air belerang menyembuhkan
penyakit rheumatism
Bau belerang sungguh kuat.
Kolam air panas
Setelah selesai menjamu mata di Tangkuban Parahu, kami ke Hot Spring yang letaknya kira-kira 3 km dari sini. Ramai pelancung luar dan tempatan datang mandi manda di sini. Bau sulfur yang sungguh kuat, menjadi bukti keaslian mata air panas ini. Kami tidak membawa peralatan mandi, cuma dapat merendam kaki selama hampir 45 minit dalam kolam air panas. Lenguh-lenguh kaki dan gatal hilang. Subhanallah. Kami seterusnya menunaikan perintah Allah di Masjid Al'ama berdekatan bersama para wisatawan dan bersembang bersama imam yang begitu teruja melihat kami dari Malaysia .
Selesai solat Zohor-Asar (Jamak)
di Masjid Al'ama yang
bersih berdekatan dengan Hot spring.
Kebun teh yang subur menghijau
salah satu sumber ekonomi
Indonesia.
Menunggu nasi yang belum tiba.
Kami seterusnya ke Kampung Daun untuk makan tengahari. Perkampungan yang dibangun secara tradisional masyarakat Jawa lebih kurang 2 hektar mengandungi pondok-pondok kecil sebagai tempat santai sambil menjamu selera. Ketika ini pengunjung terlalu ramai . Kami terpaksa menunggu hampir 1 jam untuk menjamah nasi yang di pesan. Setelah puas menunggu akhirnya makanan sampai dan aku lihat anak-anak berselera makan,mungkin kerana terlalu lapar. Jika ingin menikmati masakan Jawa Sunda pengunjung boleh mampir ke perkampungan ini . Kami bergambar kenangan sebelum pulang ke Bandung yang jauhnya kira-kira 1 jam perjalanan. Kami seterusnya ke rumah Pak Rudi untuk membeli pakaian . Ramai pelancung yang datang kesini membeli kain untuk persiapan pengantin. Pak Rudi seorang pengusaha yang berjaya di sini. Setelah selesai berbelanja kami pulang ke hotel . Dalam perjalanan saya melihat pelajar-pelajar bersama guru membawa obor sambil berkasidah menyambut awal Muharram. Supir saya kata 'itu bukan sesuatu yang di ajar oleh Islam ". Memang benar Islam tidak menyuruh umatnya menyambut perayaan seperti demikian. Esoknya kami sekeluarga ke Pasar Baru Trade Center membeli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang. Ramai pelancong Malaysia dan Singapura berbelanja di sini .
Solehuddin supir yang menemani sepanjang
empat hari di Bandung dan Jakarta.
Erti sebuah kehidupan
Selama 4 hari berada di Bandung dan Jakarta banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan sebenarnya. Kegigihan manusia mencari rezeki untuk mengisi lambung anak isteri membuatkan saya sangat kagum dengan usaha mereka. Ada yang berkaki ayam sambil memikul barang makanan dan tidak kurang juga yang menolak kereta sorong menjaja makanan sepanjang jalan . Paling terharu melihat anak-anak seusia sekolah berlari-lari dijalan Tol menjual surat khabar, minuman dan makanan tanpa memperdulikan keselamatan diri semata-mata mengharapkan sesuap rezeki untuk menampung kehidupan . Demikian secuplikan kisah realiti kehidupan yang saya saksikan di sini .
Pulang ke Kuala Lumpur
Solehuddin menghantar kami ke airport seawal jam 800 dan sampai di Jakarta kira-kira jam 11.30 pagi .Nasib baik jalan tidak macet.Kami makan tengahari di BINTARO Nasi Padang sebelum menunaikan SOLAT JUMAAT di Masjid berdekatan . Kami meninggalkan Jakarta dengan pesawat Mandala Airways pada jam 340petang (WI) dan selamat tiba di LCCT pada jam 640petang . Selamat tinggal Kota Bandung dan Jakarta . Ada rezeki InsyaAllah datang lagi .
Bergambar kenangan di Sederhana
Bintaro Nasi Padang berdekatan Airport
Sukarno-Hatta sebelum solat Jumaat .
Che' Yahya Che' Soh
17 November,2012
No comments:
Post a Comment