Wednesday, November 28, 2012

Malaysia Negara Makmur

Bagi sesiapa yang pernah keluar negara samada untuk belajar atau melancung sudah pasti mempunyai berbagai pengalaman menarik, suka duka yang di lalui selama berada di negara orang.Karenah dan birokrasi yang dialami sudah pasti jauh berbeza dengan negara sendiri. Hujan Emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Begitu kata pepatah Melayu.


Sumber asli


Malaysia sangat bertuah kerana dikurniakan Tuhan dengan rezeki melimpah ruah untuk kesejahteraan rakyatnya. Sumber asli  seperti gas, minyak (petroleum), kelapa sawit, getah dan bijih timah merupakan khazanah tetap yang menjana produktiviti  negara. Dari perut bumi Sarawak telah ditemui pula telaga besar gas membabitkan simpanan 4.4 trilion kaki padu hidrokarbon bersih (Berita Harian 27 November,2012).  Dengan penemuan oleh Petronas tersebut, membuka ruang penerokaan dalam bidang industri gas yang sudah tentu mendatangkan pulangan berganda  kepada negara . Selain gas, petroleum juga merupakan nadi penjana ekonomi Malaysia sejak berdekad sehingga kemakmuran negara dapat dirasai bersama. Bangunan berkembar Petronas menjadi mercu tanda kejayaaan negara ini dalam  industri petroleum yang memacu pertumbuhan ekonomi secara makro dan mikro.



Sumber gambar: Internet.

Kemajuan negara

Kuala Lumpur ibu kota metropolitan menjadi tumpuan pelbagai etnik bangsa dari dalam dan luar negara yang berbondong bondong mencari rezeki sejak berdekad.Kebanjiran pendatang asing baik secara sah maupun gelap dianggarkan melebihi 2juta orang yang terdiri dari berbagai bangsa seperti Mynmar, Vietnam,Thailand , Indonesia, Bangla, Pakistan, India, Afrika, China, Arab dan lain-lain etnik yang mencari kehidupan di bumi ini.Semua etnik bangsa ada di Malaysia. Multi etnik bangsa  dari seluruh dunia mencerminkan kemajuan dan kemakmuran negara.Kebanjiran rakyat asing merubah lanskap pembangunan negara. Pembangunan negara yang tumbuh dengan pesat dalam pelbagai bidang  seperti perhotelan, pertanian, perladangan, sektor pembuatan menjadi pemangkin kemajuan Malaysia menuju negara maju. Dalam era globalisasi dan ledakan maklumat, pembangunan dalam bidang ICT menjadi indikator penting kemajuan negara. Kewujudan Koridor Raya Multimedia (MSC) , penubuhan Universiti Multimedia dan pembinaan Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan Cyberjaya dan Putra Jaya menjadi pusat pentadbiran moden mempercepatkan pertumbuhan teknologi maklumat memasuki abad digital.Pembangunan pesat teknologi maklumat mempercepat pengurusan dan pentadbiran melalui sistem elektronik secara  e-government, e-dagang bertujuan menghasilkan sinergi dalam komuniti global .

Malaysia Negara Makmur


Semasa berkesempatan berada di beberapa buah negara,saya sentiasa melihat nilai-nilai positif  yang diamalkan oleh rakyat mereka seperti kebersihan, disiplin, sikap para pemandu kenderaan dan sistem pengangkutan awam yang cekap dan tersusun . Nilai-nilai yang menguntungkan ini perlu dicontohi sekiranya kita ingin menjadi sebuah negara maju dan disegani. Pemikiran dan gaya hidup masyarakat perlu berubah melalui transformasi sikap mencontohi budaya kerja yang mendahului masa untuk menghasilkan produktiviti tinggi. Saya yakin kita mampu melakukan perubahan memandangkan Malaysia sebuah Negara Makmur mempunyai  sumber bumi yang cukup.Tadbir urus yang baik dengan memanfaatkan sumber yang ada menjadi indikator  pencapaian negara untuk kelangsungan hidup generasi



curahan minda,
Che'Yahya Che'Soh.
Pengetua SMKSB@STAR
28 November,2012.




No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...