Terima kasih kepada Pn.Halimah dan pelajar-pelajar (Jimmy and the crew-form 3 DK 9) yang bertungkus lumus melukis, mengecat dan membina mural sekolah berkonsepkan Malaysian Futuristic berdasarkan inspirasi Pengetua . The whole concept of mural menggambarkan pembangunan hebat negara dalam beberapa dasawarsa ini . Pembinaan menara Kuala Lumpur, (KL tower) KLIA ,bangunan berkembar petronas (Twin tower) dengan Putrajaya dan cyberjaya sebagai bandar satalite yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan menjadi mercu tanda kemajuan negara dalam alaf ini .Sebagai warganegara yang cintakan tanahair kita perlu membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia mampu bersaing dalam pelbagai bidang dengan masyarakat antarabangsa dalam membangunkan negara. Mantan Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir Mohammad semasa era pemerintahannya selama 22 tahun berjaya merobah paradigma dan pola pemikiran rakyat menjadi sebuah masyarakat yang maju, dinamik dan progresif . Beberapa dasar penting diperkenalkan (sekadar menyebut beberapa dasar sahaja) bermula dengan menyamakan waktu antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak bagi melicinkan pengurusan dan pentadbiran, kad perakam waktu, Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Penswastaan, Dasar Pandang Ke Timur , Memakai Tanda Nama dan Wawasan 2020 merupakan pemikiran strategik Dr. Mahathir menjadikan Malaysia sebuah negara maju . Dr. Mahathir telah membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia mampu bersaing dengan masyarakat dunia dalam bidang pendidikan, ekonomi dan pembangunan . Bukti kemajuan pesat pembangunan negara dapat dilihat dengan kebanjiran pendatang asing yang mencari rezeki di negara ini . Seiring dengan itu, pelajar SMKDK bertekad mencipta kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburi baik dalam bidang akademik, kokurikulum dan sukan . Kejayaan akan bersama dengan mereka yang memiliki iltizam yang konsisten bagi mencapai matlamat hidup. A good life does not just happen. Its build in a daily prayer, sacrifice, humanity and love . We are proud to be a Malaysian . We want to be a champion . We love our school, we love our teacher and we respect each other . Together we achive our goals.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menjana kekuatan organisasi
Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...
-
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saudari Pengacara majlis, Yang Berhormat Datuk M...
-
UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMK DANAU KOTA 2011 PENYAMPAI : DATO’MOHD.SHAFIE ABDULLAH ...
-
Semoga Allah SWT memberkati beliau dan memberi seribu rahmat atas usaha murni ini. Sepanjang musim sejuk akhir 2014 zikir ini sentiasa b...
No comments:
Post a Comment