Monday, November 2, 2009

Pergi Tak Kembali

Pada hari Ahad Jam 230 pagi Mohd. Shuhada menghembus nafas terakhir dalam usia 33 tahun. Beliau belum berkeluarga dan tiada zuriat yang ditinggalkan . Baru beberapa hari AKU menziarahi jenazah ibu seorang guru sekolah ku kini tiba pula giliran kami . Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Kita Pulang . Mohd.Shuhada adik ku telah pergi menemui Illahi dan tak kan kembali lagi . Tiada lagi senda gurau dan susah payah ayah memikirkan Shuhada. Semua itu tinggal kenangan dalam lipatan ingatan yang sungguh sukar dilupakan. Beliau telah pergi mengikut jejak ibunya Hajah Qamariah Ali hanya dalam tempoh tak sampai 10 tahun. Jenazah dimandi oleh Ust Ahmad Zulkifli Che Soh Mudir SMU Batu Mengkebang bersama Tuan Abdullah (Pak KU) dan dikafankan. Solat jenazah diimamkan sendiri oleh ayah dengan hampir 100 orang turut menyembahyangkannya. Sebaik saja keranda diusung azan dilaungkan oleh bilal Mengkebang .Tepat jam 130 ptg jenazah di bawa ke kubur yang jaraknya kira-kira satu kilometer dari rumah. Jenazah diurus dan dikebumikan oleh Che Yahya,Ahmad Zulkifli dan Mohd.Ansori. Talqin dibacakan oleh ayahanda Hj Che Soh yang juga Imam Besar Mengkebang.





Sumber video you tube Pergi tak kembali
Rabbani.

Sesungguhnya janji Allah adalah benar, alam kubur benar, soalan mungkar nangkir benar dan hari kebangkitan adalah benar. Sesungguhya Allah SWT telah mencipta manusia dari titisan air yang hina MIMMA IMMAHIN dan disimpan didalam rahim ibu dengan kadar tertentu ada yang keluar sebagai janin,sebagai bayi dan tidak kurang juga yang gugur sebelum terbentuk. Tidak kurang juga yang dipanjangkan Allah usianya sampai pikun sehingga dia tidak tahu lagi tentang dirinya telah kembali seperti seorang bayi . Tidak hairan bagi orang yang beriman yang yakin dengan kekuasaan Allah mati dan hidup adalah ujian kepada setiap hamba diatas bumi fana ini. Setiap yang bernyawa PASTI merasai MATI, tinggal lagi masa dan ketika belum tiba. Justeru ambilah iktibar,pengajaran dan ibrah semoga kita sentiasa menjalani ibadah yang telah difardhukan oleh Allah kepada kita kerana maut boleh datang tanpa diundang. Demikianlah hidup ini, apabila telah sampai ajal Allah tidak akan melambat dan mempercepatkan walau pun sesaat.Oleh yang demikian peluang dan ruang yang ada hendaklah diisi dengan amal dan perbuatan yang baik dan soleh kerana apabila meninggalnya anak Adam putuslah dengan dunia kecuali tiga perkara iaitu : Ilmu yang bermanfaat, Sedekah Jariah dan Anak Soleh yang ditinggalkan . Mudah-mudahan kita yang masih hidup dapat mengambil tamsil dan pengajaran dari hadith Nabi SAW ini .


Che'Yahya Che'Soh

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...