Friday, November 13, 2009

Bicara Pengarah

In the afternoon (Friday 13) Director Sulaiman Wak was giving a speech on about National Key Result Area (NKRA) and the development of the educational progress next year . He also stress on about the school financial (budget) 2010 . The Education Department will not provide the allocation for school as usual . Bayaran elektrik dan air serta pembaikan kecil di urus oleh pihak sekolah . Pengetua should remind all teachers and staff to minimise penjimatan perkakasan yang perlu sahaja. Beliau mengingatkan semua Pengetua dan Guru Besar berusaha mencari jalan alternatif untuk memajukan sekolah wlau pun tanpa dana yang mencukupi. KPM telah mensasarkan 100 buah sekolah yang akan diganjarkan dalam tahun 2010. Sekolah yang menunjukan prestasi tinggi dalam semua bidang terutama Academic performance akan diberi peruntukan sebanyak RM750,000.00/(High Performance School). Sekolah perlu cemerlang dan mengekalkan kecemerlangan yang diperolehi. Seterusnya meningkatkan penyertaan pelajar 100% dalam aliran Vokasional. Pekerja-pekerja separa mahir dan mahir didatangkan dari luar seperti Bangladesh, Indonesia, India dan lain-lain kerana orang tempatan tidak sanggup dan tidak mampu menguasai kemahiran sepertimana yang mereka miliki. Negara-negara maju sangat bergantung kepada modal insan yang berkemahiran.

TRANSFORMASI PENDIDIKAN

The game Impossible- Meletakan matlamat yang mustahil di capai. Tujuannya untuk memungkin warga dapat mengatasi ketakutan berdepan dengan kegagalan.
Sempurnakan NKRA yang ditetapkan. Mantapkan penguasaan murid pra sekolah dalam 3 M. KPPM minta guru-guru berpengalaman mengajar dikelas-kelas rendah kerana diperingkat rendah adalah tempoh yang kritikal . Guna pendekatan Head Count untuk mengatasi kelemahan murid . Menjadi situational leaders. Pengetua perlu tahu apa yang harus dilakukan oleh guru. Winning Collation- buat kolaborasi dengan alumni, PIBG dan orang tertentu untuk memanfaatkan kemajuan sekolah dalam situasi yang getir ini. Diving intervention- outside our control. Berusaha semaksima mungkin selebihnya berserah kepada Tuhan .

Sikap Sederhana Tapi Bersungguh
Perlu bijaksana mengurus sekolah dalam suasana ketidakcukupan peruntukan. Have to show the ability to get budget from the alnaternative sources to maintain the school development. Sekolah perlu mencari dana sendiri untuk memajukan sekolah. Sekolah-sekolah kecil mungkin akan disatukan oleh KPM. Bawah RMK 10 kurang peruntukan. Penumpuan perlu tumpu kepada pengisian. Penekanan kepada memupuk integrasi kaum dalam melaksanakan 1 Malaysia.
Pesanan Menteri
Cermat belanja, elak pembaziran dan fahami dasar baru, MBM, MBI, dasar 10 mata pelajaran, penggredan baru SPM, Mutu Sukan Sekolah dan Budaya Kerja Berkualiti. Banyak aktiviti tahun 2010, dilaksanakan tahun ini, Contoh pertukaran guru diselesaikan pada tahun ini kerana tahun depan tiada peruntukan, PTK, Induksi dilakukan tahun ini. Bekalan perabot dan harta modal dan perolehan bekalan habis pejabat di peroleh pada tahun ini .

Anggaran penjimatan 2010
Bantuan makanan asrama-200hari, pend.khas 21o. Kenaikan bayaran kadar asrama naik kepada RM3 sehari bagi mereka bergaji lebih RM5000. Utiliti sekolah-guna LPBT dan lebihan PCG-Pelaksanaan bayaran pukal ditangguhkan. Sekolah kena rancang berjimat cermat. Penjimatan dibawah APC, Pra Sekolah dan aktiviti kemahiran berjumlah lebih 132juta . Mengekalkan peruntukan koku RM 12, menyediakan bayaran untuk guru ganti dan guru kgsk. Peruntukan alat sewaan pejabat , TNT akan digunakan daripada penjimatan tersebut. Skim Bantuan tuisyen tiada, bayaran beruniform tiada dan KEDAP (kelas dewasa dan Penan). Rimup, 3 K dan NILAM tiada peruntukan. Penyelenggaran dan pembaikan kecil tiada peruntukan disediakan . Sekolah-sekolah PMC-tiada peruntukan. Tiada tawaran biasiswa untuk buat master dan phD yang ada cuti bergaji penuh.

Beberapa transformasi telah dilakukan bertujuan menambahbaik sistem pendidikan negara. Peningkatan murid pra sekolah 20% . Ini adalah komitmen YB Menteri. Semua murid normal boleh menguasai asas 3 M. Ini adalah cabaran kepada semua pengurus sekolah dan guru .Implikasi kegagalan murid menguasai 3M, akan berlaku keciciran dan menyebabkan mereka tidak minat belajar dan ponteng kelas. Kenapa ponteng kerana mereka tidak menguasai kemahiran asas untuk belajar. Akhirnya kumpulan ini akan tercicir dalam arus pembangunan pendidikan negara.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...