Tuesday, November 3, 2009

Semakin Hari Semakin Sayang


Semakin hari semakin sayang pada mu sekolah ku. Wajahmu yang dulunya agak kumal,kusam dan tidak ceria kini telah berubah. Tembok pagar mu yang lusuh penuh tulisan yang mencemarkan pandangan telah dipadamkan. Lantai mu yang pecah dan berlobang sini sana telah ditutup dan di "make up " indah . Lantai dewan diberikan marmar putih diselang seli jubin coklat menambah seri wajahmu. Lantai satu menuju pejabat dan sepanjang corridor hingga ke bilik guru kelihatan bersih dan cerah membangkitkan aura sekolah. Disiplin pelajar bertambah baik dengan sokongan padu para guru mewarnai kehidupan sebenar warga SMKDK . Jalinan kerjasama dan sikap bersatupadu semua pelajar tanpa mengira etnik dan ras menjadikan SMKDK sebuah sekolah yang sedang mencipta etosnya sendiri. Budaya pelajar yang paling menonjol ialah mereka terus berada di dataran perhimpunan setiap pagi tanpa disuruh dan dipaksa oleh guru menjadi pemangkin kredibiliti sekolah . Aku menyayangi sekolah ku, menyayangi guru-guru ku dan pelajar-pelajar ku. Pelajar adalah aset utama sekolah. Mereka perlu dilayan, dididik, disantuni dengan penuh kasih sayang sebagai modal insan yang mewarisi pembangunan negara dimasa akan datang . Peranan guru tidak hanya memindahkan ilmu pengetahuan semata malah sebagai pemudahcara, pembimbing dan murshid kepada para pelajar . Namun demikian peraturan tetap dilaksanakan. Jika pelajar melanggar disiplin tindakan sewajarnya dikenakan . Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang merupakan gagasan yang telah warwarkan oleh Kementerian Pelajaran. Keunggulan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada sikap dan kepimpinan ketua dan pengurus bersama pasukannya. Kepimpinan dan pengurusan merupakan dua perkara yang berbeza, to lead and to manage dalam sesebuah organisasi. How to lead and how to manage your people and your resources? . Mengurus manusia memerlukan ilmu dan ketrampilan yang tinggi (high skill knowledge and competence) kerana kebanyakan manusia sangat sukar menerima sesuatu peraturan yang bertentangan dengan nalurinya kecuali mereka yang benar-benar merasakan dirinya ialah hamba Tuhan yang dipinjamkan sementara untuk hidup di muka bumi akan menggunakan kesempatan terbatas ini dengan penuh tanggungjawab, adil dan beramanah.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...