Saturday, November 14, 2009

Sedutan Ucapan KPPM Bersama Pengetua Dan Guru Besar Pada 26 Disember 2008


Perjumpaan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Alimuddin Mohd.Dom bersama Pengetua dan Guru Besar pada hari Jumaat 26 Disember 2008 antara lain menekankan :
Kecemerlangan sekolah bergantung kepada Pengetua dan Guru Besar. Perlu korbankan masa cuti untuk negara. Pengetua sebagai penyelesai masalah di sekolah .Beliau menyentuh tentang peranan UNESCO Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai seluruh negara di dunia yang bertanggungjawab menyediakan peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak (Education For All) . Sebagai pengetua, tugas mendidik dan mengajar hendaklah di pusatkan kepada "to all pupil without discrimination among etnics" .
Matlamat Utama EFA
1. Perluasan Pendidikan Pra Sekolah
2. Menyediakan pendidikan percuma peringkat sekolah
3. Promosi pembelajaran dan kemahiran hidup untuk pelajar dan orang dewasa. Rebranding Sekolah Vokasional
4.Meningkatkan tahap literasi orang dewasa ke 50%
5. Samarata gender menjelang 2015
6. Meningkatkan kualiti pendidikan.

USA -Mengenai Pendidikan
No child left behind (Act 2001)

UK-
Matlamat Pendidikan mereka all child matters, sihat, selamat, gembira dan mencapai kejayaan, dapat menyumbang secara positif dan mencapai kedudukan ekonomi yang baik. Free education for child (goverment school).

MALAYSIA
Pendidikan Cemerlang Generasi terbilang
Pendidikan cemerlang asas pembangunan modal insan.

Pencapaian KPM
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut beliau telah mendapat pengiktirafan MAMPU dengan empat bintang berbanding agensi pusat yang lain. Pengiktirafan ini berdasarkan kepada peranan dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran yang berupaya melahirkan modal insan berkualiti dan mempunyai jati diri unggul dalam pembangunan pendidikan negara . Masyarakat dan bangsa yang berwawasan dan bermaklumat menjadi KPI menjana kesejahteraan dan keharmonian hidup rakyat. Sebagai rumusannya KPPM menekankan pentingnya AURA Pengetua dalam mengurus dan mengendalikan sekolahnya.





No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...