Saturday, November 14, 2009

Keputusan UPSR 2009

Keputusan UPSR akan diumumkan pada hari Khamis 19 November ini. (Mingguan Malaysia -Ahad 15 November). Kepada rakan-rakan yang berhempas pulas menyediakan analisis tentunya akan berkampung dalam waktu terdekat ini bagi memastikan pengurusan dan pengendalian pengeluaran keputusan dapat diedarkan sepertimana yang ditetapkan. Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan di LPM dan SPP negeri kerana bertungkus lumus melaksanakan tugas dan tanggungjawab tanpa mengira masa . Khusus bagi negeri WPKL, mudah-mudahan pencapaian murid-murid tahun ini terus meningkat dan kekal teratas dengan GPN yang lebih baik. Aku turut berdoa semoga WPKL kekal cemerlang selaras dengan mottonya "Cemerlang di kalangan yang Cemerlang" Tahniah kepada semua kerana melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...