Gagasan 1 Malaysia dipelopori YAB Datuk Seri Mohd.Najib Perdana Menteri Malaysia merupakan wadah yang terbaik untuk memperkasa integrasi kaum, etnik dan ras di negara ini. Kita perlu merealisasikan inspirasi PM ini dalam tadbir urus organisasi baik di sekolah, PPD,Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran dan semua Sektor Perkhidmatan termasuk pihak swasta yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat . Dalam konteks sekolah pencapaian pelajar perlu didahulukan kerana mereka merupakan aset sekolah dan modal insan negara. Pembangunan modal insan tidak akan tercapai seandainya budaya dan sikap pelajar tidak dibentuk dan diperkasa melalui penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan. Keprihatinan kerajaan dapat dilihat melalui pembentangan bajet 2010 baru-baru ini yang memperuntukan sebanyak RM30billion untuk pembangunan pendidikan negara . Kekuatan dan keunggulan sesebuah negara diukur melalui taraf pendidikan rakyatnya. Sekolah sebagai institusi pendidikan formal bertanggungjawab membangun daya intelektual dan rohani pelajar melalui pelbagai program dan aktiviti yang dirancang secara strategik dan sistematik. Peranan guru bukan sekadar memindahkan ilmu pengetahuan semata tetapi sebagai obor pembentuk minda pelajar menjadi insan berkualiti, berdigniti mempunyai jati diri sebagai warganegara sejati. Jasa guru sebagai anggota perkhidmatan awam sungguh besar kerana mereka bertanggungjawab membangun potensi diri manusia. Guru ialah arkitek dan jurutera yang berperanan merekabentuk dan mencorakkan pola hidup pelajar kerana merekalah yang mengajar murid mengenal huruf dan abjad sehingga boleh menulis membaca dan mengira. Almarhum Prof Datuk Usman Awang Saterawan Negara telah meninggalkan khazanah berharga untuk tatapan semua khususnya kaum guru melalui sajaknya Guru Oh Guru sehingga bait-bait nukilannya turut menghiasi dinding dan tembok sekolah. Demikianlah naluri rasa seorang yang pernah menjadi guru. (semoga Allah SWT meredhainya) . Kemuliaan seorang guru terpancar melalui budi pekertinya yang luhur, ikhlas , berwibawa dan berilmu . Dengan kekuatan intelektual yang dimiliki adalah diharapkan guru mampu menjadi agen perobahan kepada masyarakat dan negara.
Dewasa ini aura guru tidak lagi menyerlah seperti mana beberapa dasawarsa yang lalu. Ketidakmenyerlahan ini disebabkan kegagalan segelintir guru yang mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang diserahkan masyarakat kepadanya. " We are holding the people trust ,therefore we must be trusted" . Saban hari berita-berita yang tidak seronok didengar terpampang dalam akhbar mengenai perilaku guru dan pelajar . Contoh terkini seorang pelajar yang sanggup terjun dari bangunan di sekolahnya semasa perhimpunan sehingga patah kaki kerana takut dihukum guru, guru mencabul murid , pelajar bersalin dalam tandas sekolah dan pelbagai peristiwa yang menjatuhkan maruah profesyen perguruan . Persoalannya siapa yang perlu dipersalahkan? . Berbicara mengenai pendidikan ia memerlukan pembabitan semua pihak iaitu ibu bapa, masyarakat, komuniti setempat , media dan pihak berkuasa perlu berganding bahu memikul amanah Allah untuk memperkasa modal insan yang akan mewarisi negara ini. Kita mampu melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam SPM dan graduan yang hebat dalam bidang masing-masing tetapi dalam masa yang sama kita gagal membentuk budaya pelajar berilmu kerana kebanyakannya (bukan semua ) tidak mempunyai kekuatan moral menghadapi cabaran masa kini. Kekuatan intelektual yang dimiliki tidak mampu memperkasa sahsiah diri dengan nilai-nilai amanah, jujur, taat,bertanggungjawab dalam menunaikan kewajiban kepada negara. Negara akan mengalami zaman kegelapan (dark age) jikalau modal insan tidak dibangunkan secara terancang dan sistematik . Contoh yang paling ketara kita sangat kurang tenaga mahir dan separa mahir dalam bidang pembangunan, pembuatan dan perindustrian. Negara terpaksa bergantung kepada tenaga luar yang berbondong-bondong masuk untuk mencari pekerjaan. Ini menunjukkan bahawa Malaysia negara yang makmur, kaya dan mendapat limpah rahmat dari Tuhan Semesta Alam - BALDATUN TOYYIBATUN WARRABBUN GHAFUR.

No comments:
Post a Comment