Sunday, November 15, 2009

Mencari Haji Mabrur

Kota Suci Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah menerima tetamu Allah lagi. Labbaikallahum malabbaik. Labbaikala syariikallabbaik .


Gambar Kaabah : Sumber internet

Ketika ini lautan manusia memenuhi tanah haram Mekkah dan Madinah semata-mata menjadi DHUYUFI RRAHMAN (tetamu Allah )Perasaan sayu,hiba dan terharu bilamana terkenangkan pengalaman mengerjakan Haji pada tahun 2001 yang lalu. Aku bersama isteri di pilih Allah menjadi tetamuNya. Tidak terungkap dengan kata-kata bilamana mendapat tahu bahawa kami akan berangkat ke Mekkah. Sepanjang perjalanan dari KLIA - JEDDAH air mata mengalir membasahi pipi tanpa ku sedari. Mekkah, Madinah dan Masjidil Aqsa tanah suci yang penuh barakah. Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim As menyeru manusia mengerjakan Haji di Baitullah. Nabi Ibrahim AS ialah kekasih Allah Khalilullah yang banyak menempuh pahit getir ujian dari Tuhan. Kisah pembukaan kota Mekkah mempunyai sejarahnya tersendiri . Nabi Ibrahim menerima perintah Allah supaya meninggalkan puteranya Ismail bersama Siti Hajar di sebuah perkampungan kecil bergunung ganang gersang dan tandus yang kering kontang tidak mempunyai makanan. Tempat itu ialah Mekkah atau Bakkah iaitu bumi yang penuh berkat . Di bumi ini juga lahirnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW daripada zuriat Abdullah Bin Abdul Mutalib dan Aminah yang kemudiannya menjadi Rasul terakhir khataman nabbiyin sebagai rahmat ke seluruh alam . Nabi Ibrahim mempunyai seorang lagi isteri bernama Sarah. Dengan Sarah mereka dikurniakan Ishak. Kedua-dua putera Ibrahim AS menjadi Nabi menyambung risalah Allah di muka bumi.
Sesungguhnya kemuliaan Mekkah dan Madinah menjadi bukti kebesaran Allah dengan kedatangan jutaan umat manusia Islam berbagai bangsa, etnik, suku dan ras di seluruh dunia menunaikan Haji dan Umrah setiap tahun. Semoga jamaah mendapat HAJI MABRUR . Amin.



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...