Rakyat di bandar terpaksa catu gaji untuk hidup
KUALA LUMPUR - Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan 'mengadu' kepada
Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak soal rakyat di bandar yang
terpaksa mencatu gaji diterima setiap bulan untuk meneruskan hidup.
Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Mohamad Rafii menyentuh soal 'bebanan'
hidup di bandar itu sambil mengangkat plakad yang menunjukkan senarai
perbelanjaan bulanan sebelum mengakhiri perbahasannya.
"Saya nak tunjukkan dan saya minta kamera rakam ini. Ini merupakan kos
sara hidup rakyat yang bergaji RM5,000 sebulan. RM4,000 bersih selepas
ditolak KWSP dan lain-lain.
"Inilah sebenarnya anak muda YB Presiden. Kita memang mencatu duit
tiap-tiap bulan dalam bandar ini," katanya ketika membahaskan usul
ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), di sini, hari ini.
Sebelumnya, beliau juga menegur kerajaan berhubung ketirisan, kenaikan
kos pengangkutan awam dan tol serta harga rumah Perumahan Rakyat
1Malaysia (PR1MA) yang disifatkannya terlalu mahal.
Menurutnya, meskipun Bajet 2016 itu menyediakan perancangan secara
holistik namun tekanan kos sara hidup berpendapatan rendah di bandar
masih lagi tidak ditangani dengan cara yang terbaik.
"Warga kota dikejutkan dengan kenaikan kadar tol dalam bandar, bulan
lepas. Belum lagi selesai kami menjawab dan meredakan kekhuatiran warga
kota, kami dikejutkan sekali lagi dengan kenaikan tambang pengangkutan
awam dalam bandar. Ini bagaikan sindrom tidak terkawal secara serius.
Sinar Harian Online
Ahad 13 Disember,2015.
No comments:
Post a Comment