Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani ke atas sekelian makhluk yang ada di bumi dan di langit. Dengan menyebut Asma Ul Husna MU Yang Maha Agung, saya mula melakarkan pena untuk mengingatkan diriku dan memanjangkan peringatan kepada setiap orang yang berkesempatan membaca tulisan ini, mudah-mudahan Allah sentiasa memandu kita ke jalan kebenaran. Mendengar alunan zikir yang memuji dan menyebut nama-nama MU Ya Allah hati menjadi tenang, tenteram dan lapang tanpa di sedari genangan air mata mula turun perlahan-lahan menuruni lurah di pipi. Sangat benarlah Firman Allah hati menjadi sejuk dan lembut bila mengingat Allah, ALAA BIZIKRILLAHI TAT MA'INNUL QULUB, ketahuilah hati itu menjadi tenang dengan mengingat Allah. Hati ialah lambang sebuah kehidupan yang terpancarnya ketinggian akal budi manusia. Bobrok dan joroknya nilai budi kerana semrawutnya hati akibat perbuatan dosa yang menyelubungi diri. Dosa ialah bentuk maksiat yang dilakukan dalam kehidupan seperti mengambil sesuatu bukan dengan hak , mencuri, merompak, menerima dan memberi rasuah, menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri, menindas orang miskin dan susah dengan berbagai cara , menzalimi manusia, menipu, minum arak, mencuri masa bekerja, lebih berat lagi melakukan perkara terkutuk seperti zina, buang bayi dan SYIRIK adalah sebesar dosa yang tidak diampuni Tuhan. Dosa boleh mematikan hati dan hanya dapat dibersihkan dengan bertaubat nasuha kepada Pencipta Hati iaitu Allah SWT. Benarlah sabda Nabi SAW " Dalam diri anak Adam itu terdapat seketul daging, jika baik daging itu baiklah seluruh anggota tubuhnya, jika ia rosak, kotorlah seluruh anggotanya. Itulah hati." (HR Bukhary Muslim)
Antara mahmudah dan mazmumah
Hati mencerminkan keperibadian dan tingkah laku kerana ia adalah raja dalam diri. Apa kata hati diikuti oleh anggota . Hati tempat berkumpul segala sifat mahmudah dan mazmumah perlu di sucikan dengan cahaya Al Qur'an sebagai hudan lil muttaqien iaitu petunjuk autentik bagi mereka yang mencari jalan taqwa. Dua sifat hati ini ada dalam diri yang sentiasa bertembung antara kebaikan dan keburukan bergantung kepada kekuatan iman yang di miliki. Hati yang penuh dengan mazmumah seperti hasad, tamak, sombong, besar diri, mahu menang sendiri, riak, ujub dan sumaah jauh dari kebenaran terjelma dalam perbuatan dan tindakan. Berbagai perasaan datang mencengkam diri yang kekadang terlalu depresi sehingga melemahkan seluruh organ tubuh. Sel-sel, tisu, organ dan sistem struktur fungsi badan turut lemah untuk berkontraksi dengan sempurna kerana hubungan fizikal dan mental adalah satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan. Sistem kardiovaskular mula menurun dan otot jantung tidak lagi aktif mengepam darah ke seluruh tubuh. Kadar denyutan sistolik dan diastolik turut terganggu sehingga nafas termengah-mengah kerana gangguan terhadap sistem respirasi tubuh. Itu simpton hati dalam keadaan sakit yang perlu di terapi segera jika tidak kesihatan diri terganggu. Akibat kerungsingan melampau dan gagal menemui jalan keluar, segelintir orang mengambil jalan pintas menamatkan riwayat diri. Nauzubillahi min zaalik. Demikan hebatnya pengaruh hati dalam kehidupan ini. Benarlah kata pepatah ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kesihatan yang hakiki ialah bebas daripada segala penyakit hati untuk kesejahteraan jasmani dan rohani bertujuan menyumbang khidmat bakti kepada Allah dan sesama manusia.
Antara kefasadan dan kebenaran

Apabila hati telah tertutup rapat dari pancaran iman segala kefasadan dan kemungkaran akan menutupi kebenaran. Al Qur'an menyebutnya "KHATAMALLAHU 'ALAA QULUUBIHIM" . Manusia menjadi rakus malah sanggup bertindak melangkaui batas kemanusiaan demi mencapai hasrat dan cita-citanya. Jasmaninya saja berwajah manusia tetapi berhati carnivor seperti singa, harimau dan serigala yang setiap saat mengintai untuk menerkam mangsa yang lemah. Mereka mempunyai hati tetapi tidak memikirkan kebesaran Tuhan, mempunyai mata tetapi tidak melihat keagungan ciptaan, memiliki akal tetapi tidak menggunakan untuk kebaikan, diumpamakan Tuhan seperti haiwan malah lebih sesat dari makhluk yang melata. Memang benar hati tidak boleh di lihat tetapi rahsia hati terpancar pada perilaku dalam kehidupan. Antara senyum dari bibir dengan senyuman dari hati dapat di lihat melalui ekspresi wajah manusia. Senyum kerana Allah akan terpancar sebuah keikhlasan pada wajah. Kejernihan hati terpantul dari perkataan yang baik dan disenangi. Kesejahteraan dan kebahagiaan terletak pada sekeping hati yang terdapat dalam rongga dada manusia. Ibnu Mas'ud berkata "hati itu umpama bekas kosong, isilah ia dengan Al Qur'an". Sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya dan berselawatlah kepada Rasulullah SAW untuk menuntun hati menjadi seperti sebuah pelita yang ada di dalam bekas kaca. Hati yang suci bersih putih seumpama kaca, sentiasa merindui kebenaran dan berusaha dengan segala kekuatan menjauhi kemungkaran. Siapa kah pemilik hati seperti itu ? Hati para Nabi, para Sahabat, Siddiqin, Shuhada dan Wasolihin yang mempunyai pertautan dengan Allah dalam setiap hela nafas yang turun naik dalam diri.
Asma Ul Husna
Apa manusia cari
Ilmu mengajar kita tentang kebenaran. Nafsu mendidik kita mengenal kehidupan samada baik atau sebaliknya. Tiga jenis nafsu yang ada dalam diri manusia iaitu Amarah, Lawammah dan Mutmainnah sentiasa menguasai diri. Semoga Allah memandu kita untuk mencapai puncak nafsu Mutmainnah sebagai maqam terpuji menuju redha Ilahi. Akal membezakan manusia dari makhluk lain.Antara akal dan nafsu menjadi milik manusia untuk memacu diri mengenal Tuhan secara hakiki. Pertembungan antara akal dan nafsu sentiasa berlaku dalam diri manusia walau pun seseorang itu mempunyai ilmu. Allah SWT mengilhamkan ke dalam diri dua jalan iaitu FUJUURAHA dan WATAQWAAHAA. Jalan Fujuur atau jalan Taqwa? Di hadapan kita ada dua destinasi SYURGA dan NERAKA. Pilih lah mana satu yang kita mahu tuju, yang pasti setiap makhluk bernyawa akan menempuhinya cepat atau lambat saja bergantung kepada ketentuan Tuhan. Kesepaduan antara ilmu,nafsu dan akal dalam setiap tindakan merupakan kayu ukur kecemerlangan diri untuk berbuat ehsan sesama manusia dan beradab dengan alam lingkungan. Ilmu tanpa ikhlas umpama lalang yang kelihatan dari jauh seperti rumpunan padi tetapi sebenarnya sebuah permainan mata yang sering keliru dengan penglihatan. Ya Allah bukakanlah mata hati kami mencintai kebenaran dan berikan kekuatan untuk mengatakan yang benar itu tetap benar dan yang haq itu tetap haq dalam menempuh kehidupan dunia yang sangat singkat ini.
Antara padi dan lalang
Resam rasmi padi semakin meninggi semakin runduk menjadi perumpamaan bagi orang berilmu bukannya seperti lalang yang mudah di tiup angin sebagai lambang manusia yang tidak berprinsip dalam pegangan hidup. Apa sebenarnya manusia cari di dunia ini? Kalau kekayaan menjadi tujuan,jawatan dan pangkat menjadi tumpuan yakinlah bahawa hidup ini tidak akan tercapai kesempurnaan, lebih tepat kepuasan dan ketenangan. Berapa ramai hartawan yang mengakhiri hidup mereka dengan kesedihan, jauh dari ketenangan hatta kediaman dan kenderaan mereka berlapis-lapis di halaman rumah. Garaj motokarnya sahaja mengalahkan rumah kebanyakan orang biasa. Dunia yang dicari semakin di dekati semakin jauh dari Tuhan, tidak sempat sujud apa lagi berjemaah bersama imam. Akhirnya hidup di selubungi kesepian dan kegersangan kendatipun cukup segala galanya. Islam tidak menghalang mencari kekayaan tetapi mestilah mengikut ketetapan Tuhan.Justeru pandulah hati dengan iman semoga kurniaan yang di beri Tuhan sebagai alat untuk mendekatkan diri kepadaNya saban hari dan malam. Pasti Allah akan bertanya manusia ilmu yang di pelajari dan di miliki kemana di curahkan, harta yang banyak ke mana di belanjakan. Umur yang panjang ke mana kita habiskan. Alahai malangnya manusia jika ketiga-tiga perkara tersebut tidak dapat kita buktikan di hadapan Tuhan.

Mencari keikhlasan
Wallahua'lam
Drs.Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Segambut, ParkCity Kuala Lumpur
Selasa 14 Disember,2015.
No comments:
Post a Comment