Friday, June 29, 2012

Safari Imtiaz Ke Terengganu


rahman talib

  











Allahyarham Ab. Rahman Talib
Insan yang berjasa besar 
dalam dunia pendidikan
negara  .

Pada hari Isnin 25-27 Jun 2012 seramai 90 orang Pengetua Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengadakan kunjungan Safari Imtiaz ke Terengganu Darul Iman dalam rangka penanda aras ke beberapa buah sekolah yang berprestasi tinggi di negeri tersebut. Semua peserta berkumpul di Pusat Kokurikulum  seawal jam 700 pagi . Kami bertolak ke Trengganu sekitar jam 900 pagi sedikit terlewat kerana menunggu rakan yang terperangkap dalam kesesakan . Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Sentul Cik Hajah Nik Ramas Nik Wan bersama Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Pn Hajah Rusni  Ab Jalil turut sama hadir tetapi menggunakan kenderaan rasmi .  Sepanjang perjalanan peserta kelihatan ceria dan bersemangat sehinggalah  bas berhenti di Hentian rehat dan rawat Temerloh bagi menunaikan panggilan alam. Setelah selesai melepaskan hajat masing-masing bas bergerak menuju Kuantan tepatnya ke Sekolah Menengah Ab. Rahman Talib sebuah sekolah Klaster Kementerian Pelajaran . Pengetua bersama guru sedia menanti dengan penuh harapan walau pun rombongan terlewat hampir sejam.  Beliau kemudiannya menyampaikan taklimat pembangunan sekolah dan berakhir dengan sesi dialog bersama anggota rombongan. Sebaik selesai makan tengahari di Asrama Putra (ASPURA) kami bergerak ke TATI COLLEGE University di Kemaman dan disambut oleh Pendaftar TATI bersama kakitangan dan Pensyarah. Kami disajikan dengan SATAR , meehoon dan kuih muih Trengganu yang enak dan menyelerakan . TATI University Kolej sebuah  pusat pengajian milik kerajaan negeri yang menawarkan pelbagai kursus berasaskan teknologi  dan  kemahiran kepada pelajar dari dalam dan luar negara. Penerangan yang disampaikan dalam Bahasa Melayu dialek Terengganu totok terutama oleh Tuan Pendaftar membuatkan kami sangat teruja dan tidak mengantuk walau pun jam sudah melewati 5.30 petang. Sebaik selesai   majlis penerangan  dan sesi soal tanya ,  kami  memohon meneruskan perjalanan ke LKIM untuk santapan malam yang diberikan YB Ahli Parlimen Setiu . Kami seterusnya menuju ke hotel penginapan kira-kira jam 10.30malam.




TATI KOLEJ TERENGGANU

SMK Lembah Bidung


Program hari ini (Selasa) 26 Jun, 2012 ialah menuju SMK Lembah Bidung (LeBEST) iaitu sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dibawah seliaan Kerajaan Negeri sebagai sebuah sekolah  ELIT harian  berkonsep berasrama penuh. Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengiktiraf sekolah ini sebagai sekolah SBT kerana kehebatannya mencipta innovasi, etos dan watak tersendiri . Anggota rombongan diberi taklimat khas kemajuan dan pencapaian sekolah dan dihidangkan dengan nasi kerabu asli Terengganu yang menyelerakan.


Safari Imtiaz

Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Sekolah Menengah IMTIAZ di Jerteh dan disambut dengan penuh meriah oleh para guru, kakitangan dan persembahan istimewa daripada pelajar . Sekolah ini pada peringkat awal penubuhannya diasaskan oleh Mantan Menteri Besar Terengganu  Dato' Seri Idris Jusoh berteraskan ULUL ALBAB yang menawarkan kelainan kepada pelajar iaitu menguasai Al quran sebagai asas pokok , sains dan teknologi, penguasaan Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin sebagai medium ilmu dan pengetahuan yang perlu dipelajari setiap pelajar. Memang benar sepanjang berada di sekolah ini kami menyaksikan kekuatan intelektual pelajar yang berupaya menyampaikan inspirasi  sekolah mereka dalam persembahan  dikir barat  versi Arab, Mandarin dan Inggeris dengan baik dan berkesan . Safari Imtiaz ini sangat bermakna kepada kami sebagai suatu bentuk penanda aras  untuk  merobah  paradigma  melakukan transformasi dalam pelbagai bidang pendidikan . Majlis berakhir dengan jamuan MEE KARI yang sedap dan menjelirakan .



Program Tadarus Al-Quran 1432H

Pelajar Imtiaz sedang menghafaz Al Quran 



SMK Sultan Sulaiman

Hari terakhir berada di Ganu Kite kami sempat membuat kunjungan ke SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu. Sekolah ini diterajui Pengetua  Gred Jusa C Tuan Hj Zakaria Awang sejak tahun 2010 yang merupakan pengetua ke 25 sejak sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1921 .

 
 SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu

Sekolah tertua di Terengganu ini mempunyai keluasan 44 ekar  menjadi mercu tanda kecemerlangan dalam bidang pendidikan di negara ini . Setelah mendengar taklimat  dari Pengetua , kami ke galleri sekolah dan seterusnya menjamu selera dengan hidangan istimewa nasi dagang . Peserta dibekalkan dengan bunga telur oleh pengetua dan guru guru SMKSS . Kami seterusnya memohon diri untuk mesyuarat lain di SMK Pasar Payang sebelum bertolak balik ke Kuala lumpur .

Che' Yahya Che' Soh
29 Jun 2012










No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...